Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

MELINDUNGI HAK ISTERI

Home
Back
My Profile 简介
In the News 新闻
In Parliament 国会
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

MELINDUNGI HAK ISTERI SEMPENA SUAMI MEMELUK AGAMA ISLAM
 

17 Jun 2008


Seorang isteri bukan Islam, diberitahu bahawa sebaik sahaja suaminya memeluk agama Islam, suami tersebut berhak berkahwin dengan wanita lain, walaupun masalah perkahwinan mereka belum selesai.  Si suami yang baru sahaja memeluk  agama Islam ini juga mempunyai lebih hak daripada beliau.

Seorang ibu, diberitahu bahawa beliau dikecualikan dalam membuat keputusan untuk agama anaknya, dan suaminya yang baru memeluk agama Islam boleh menukar agama anak mereka tanpa persetujuan beliau.

Ibu berkenaan pergi ke mahkamah untuk membatalkan pertukaran agama anak ini tetapi diberitahu bahawa mahkamah tinggi tiada kuasa untuk mendengar kesnya. Malah beliau diberitahu agar pergi ke mahkamah syariah, walaupun beliau bukan seorang Islam.

Beliau diberitahu oleh mahkamah tinggi bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai hak jagaan bersama,  tetapi jagaan dan kawalan sebenar yang diberikan kepadanya adalah terikat dengan syarat 慿aveat? Hak jagaan tersebut boleh dibatalkan sekiranya beliau cuba mempengaruhi kepercayaan masa kini anak-anaknya.

Keadaan pahit individu-individu seperti Shamala, Subhashini telah menarik perhatian orang awam. Kes-kes seperti ini tidak boleh lagi dianggap tidak serius, kerana kini ramai yang mengemukakan masalah sedemikian dan mencari penyelesaian di mahkamah, namun tidak mendapat keputusan yang adil.

Status atau kedudukan dan hak isteri serta ibu yang memilih kekal sebagai Hindu, Kristian atau Buddhist selepas suami mereka memeluk agama Islam, hendaklah dilindungi, termasuklah anak-anak mereka.

Badan-badan wanita dan juga parti-parti politik di Malaysia sudah lama menerima permohonan pertolongan daripada wanita-wanita bukan Islam yang mana suami mereka telah memeluk agama Islam atau sedang merancang.

Mereka berasa bimbang tentang kesan-kesan pertukaran agama ini terhadap hak dan harapan mereka yang berasaskan kepada undang-undang perkahwinan sivil yang telah mereka lalui.  Apakah pilihan yang mereka ada apabila pertukaran agama suami ini berlaku. Perasaan bimbang mereka adalah sekitar isu-isu penceraian, pembahagian harta, tanggungan, pengagihan dan pewarisan. Hak menjaga anak, dan hak bersama menentukan agama serta membesarkan anak-anak juga merupakan perkara-perkara yang amat membimbangkan mereka.

Parlimen kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk melindungi hak-hak mereka yang telah memilih kita. Kita harus membahaskan isu-isu ini kerana institusi ini mempunyai tanggungjawab, kewajipan dan obligasi untuk mendukung dan menggubal undang-undang supaya rakyat Malaysia dapat melaksanakan hak-hak perlembagaan mereka.

Mahkamah hendaklah meyakinkan rakyat bahawa undang-undang dan tafsiran undang-undang tersebut hendaklah memberi penyelesaian yang kukuh, adil dan saksama. Walaupun ia akan dilihat sebagai isu-isu sensitif kerana ianya berkaitan dengan agama, saya pasti tiada agama yang membenarkan wujudnya ketidakadilan. Rukun Negara jelas menyeru kita semua mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan mendukung Perlembagaan.

Tahun lepas, kita telah dijaminkan oleh Dato?Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri di JPM bahawa Pejabat Peguam Negara telah diarahkan untuk mengkaji hal ini dengan teliti dan berhati-hati agar dapat mencari satu penyelesaian yang sempurna dan diterima semua pihak.

Undang-undang haruslah diperbaharui untuk memastikan bahawa apabila salah seorang daripada pasangan itu memeluk agama Islam, hak-hak dan kelayakan isteri atau suaminya, anak-anak dan ahli keluarga yang lain kekal tidak berubah di bawah undang-undang sivil. Isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan akibat penukaran agama ini mesti diselesaikan mengikut undang-undang sivil, dan bukan mengikut undang-undang Islam yang digubal di peringkat negeri, kerana upacara perkahwinan disempurnakan dengan penggunaan undang-undang sivil. Lagi pun, penggubalan undang-undang mesti diubahsuaikan untuk menyatakan bahawa hanya mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk mendengar apa sahaja kes, khususnya kes-kes perkahwinan yang didaftarkan secara sivil.

Saya menyokong sepenuhnya bahawa setiap orang berhak memeluk apa-apa agama pilihannya.  Tetapi pelaksanaan hak-hak tersebut tidak boleh merampas hak-hak orang lain, yang boleh membawa kemunduran sehingga menyebabkan hak-hak ahli keluarga, makin berkurangan dan lebih teruk daripada sebelumnya.

Hak dan kelayakan pasangan yang tidak bertukar agama mesti dijamin dan apa-apa penyelesaian secara undang-undang mestilah menurut Perlembagaan.

Ingin saya menegaskan di sini, bahawa mendukung Perlembagaan tidaklah bercanggah dengan kepercayaan mana-mana agama atau prinsip.


Salam hormat daripada

Loh Seng Kok

 

Home Back My Profile 简介 In the News 新闻 In Parliament 国会 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009