Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

1,944 pelajar terima bantuan persekolahan

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In Parliament 国会
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

1,944 pelajar terima bantuan persekolahan

ARKIB : 02/02/2008 (Utusan Malaysia)

SUBANG JAYA Seramai 1,944 pelajar daripada 23 buah sekolah dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya menerima bantuan daripada Kementerian Pelajaran baru-baru ini.

Bantuan tersebut terbahagi kepada sembilan kategori termasuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), bantuan makanan asrama, biasiswa kecil persekutuan (BKP), biasiswa kecil pra-universiti, rancangan makanan tambahan (RMT) dan program susu sekolah.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok berkata, sebanyak RM2.6 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti.

"Pihak sekolah memberi kerjasama dengan menyediakan Borang Maklumat Murid (BMM) untuk kami mengenal pasti pelajar yang layak menerima bantuan.

Bantuan"Bagi penerima KWAPM, mereka mestilah berasal daripada keluarga yang berpendapatan RM530 ke bawah atau RM106 per kapita,'' katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut kepada 420 penerima daripada tujuh buah sekolah di SMK SS 17, di sini.

Turut hadir, Pegawai Khas Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana, Azahar Nor Arifin.

Seng Kok berkata, bantuan yang disampaikan ini bertujuan untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir dari alam persekolahan akibat kemiskinan.

"Ini adalah komitmen kerajaan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan perbelanjaan anak-anak mereka,'' katanya.

Menurut beliau, sebanyak tiga siri penyampaian bantuan akan diadakan secara berperingkat-peringkat mengikut zon.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In Parliament 国会 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009