Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Resident's Thank You Dinner

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In Parliament 国会
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Utusan Malaysia Kota

23 Apr 2008

 

Walaupun sudah tidak lagi bergelar Yang Berhormat, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok tetap menunaikan janjinya untuk memberikan bantuan kepada beberapa organisasi komuniti di kawasan itu.

Janji yang dibuatnya sebelum pilihan raya umum yang lalu ditunaikan baru-baru ini apabila sebanyak RM17,000 diagihkan kepada organisasi yang terpilih.

Antara organisasi yang mendapat bantuan tersebut ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan USJ 2, Persatuan Penduduk Blok 4 Desa Mentari, Persatuan Warga Kanan, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Secita) dan Persatuan Pemuda Buddha Malaysia.

Bagi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan SS 17, mereka bukan sahaja menerima bantuan berbentuk kewangan tetapi juga dua buah komputer untuk kegunaan pelajar.

"Kebanyakan bantuan yang disampaikan ini datangnya dari duit poket saya sendiri dan juga sumber peruntukan yang lama,'' katanya.

Seng Kok menegaskan, bantuan itu disampaikan kerana beliau sangat berpegang teguh pada janji yang pernah dilafazkannya.

Beliau turut meminta agar organisasi lain di Kelana Jaya yang pernah dijanjikan sebarang pertolongan agar tampil bertemunya sekiranya masih belum mendapat bantuan.

"Saya ada merekodkan segala janji yang pernah dibuat kepada setiap organisasi dan mungkin ada segelintir bantuan terlepas dari catatan rekod,'' katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa bantuan itu hanya dapat diberikan selepas pilihan raya ekoran kekangan waktu dan banyak urusan lain yang perlu diselesaikannya terlebih dahulu.

"Ini bukan bermaksud saya kecewa tidak dicalonkan semula tetapi pada masa itu, kebanyakan pihak sibuk dengan aktiviti berkempen dan selepas pilihan raya, banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum dapat bertemu dengan mereka,'' katanya.

Beliau juga berhasrat untuk terus membantu komuniti Kelana Jaya dan Pusat Perkhidmatan Loh Seng Kok akan sentiasa terbuka kepada komuniti di situ yang memerlukan sebarang bantuan.

Menyentuh pembangunan di Kelana Jaya, beliau berharap Ahli Parlimen Kelana Jaya yang baru mampu meneruskan kesinambungan pembangunan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Pada pilihan raya umum yang lepas, Barisan Nasional tidak mencalonkan Seng Kok untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kelana Jaya, sebaliknya meletakkan Datuk Lee Hwa Beng.

Bagaimanapun, Hwa Beng tewas kepada muka baru dari Parti Keadilan Nasional (PKR), Loh Gwo Burne.

 

 
     
Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In Parliament 国会 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009