Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Ajaran Sesat

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In Parliament 国会
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Ajaran sesat: Kerajaan bertindak tegas – PM

Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian serius terhadap usaha pihak-pihak tertentu yang cuba menyebarkan ajaran sesat kepada rakyat negara ini.

Menurut Perdana Menteri, kegiatan tersebut yang cuba menyebabkan ajaran sesat itu tersebar akan sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa.

‘‘Tindakan tegas akan diambil sekiranya kegiatan mereka boleh mengancam keharmonian rakyat, kestabilan masyarakat dan keselamatan negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) yang ingin tahu jenis bantuan, peranan dan tanggungjawab kerajaan terhadap perkembangan agama bukan Islam di negara ini dan usaha kerajaan Persekutuan untuk memerangi dan menangani masalah ajaran sesat yang kini berleluasa di samping masalah sosial lain.

Menurut Abdullah, pada masa yang sama, semua institusi agama di negara ini perlu memain peranan memberi penjelasan dan penerangan mengenai ajaran sebenar agama masing-masing kepada penganut mereka.

‘‘Orang ramai juga perlu tampil ke hadapan untuk memberi maklumat mengenai kegiatan kumpulan seperti ini kepada pihak berkuasa. Tujuannya bagi mengawal dan menangani kegiatan itu dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Utusan Malaysia 9 Nov 2007

     
Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In Parliament 国会 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009