Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Hapus yuran peperiksaan

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In Parliament 国会
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

HAPUS YURAN PEPERIKSAAN -- CADANGAN AHLI PARLIMEN BAGI PMR, SPM DAN STPM

Oleh AZIMI MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 27 Jun - Beberapa Ahli Parlimen mencadangkan agar yuran peperiksaan di sekolah kerajaan meliputi Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dihapuskan.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, yuran tersebut selama ini menjadi satu bebanan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah kerana jumlahnya yang amat tinggi.

Katanya, pada masa ini, yuran untuk PMR ialah sekitar RM20, SPM (RM126 hingga RM141) manakala STPM (RM205 hingga RM220).

‘‘Bayangkan jumlah yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa jika mereka mempunyai dua atau tiga anak yang menduduki peperiksaan tersebut pada satu-satu masa.

“Sudah tiba masanya, kerajaan memutuskan supaya yuran berkenaan dihapuskan. Saya percaya, kerajaan tidak akan muflis hanya kerana menghapuskan yuran peperiksaan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Majlis Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2005 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, jika ini dapat dilakukan, ia merupakan satu ‘hadiah istimewa’ daripada kerajaan kepada rakyat bawahan terutama di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Mahadzir Khir pula berkata, sebagai wakil rakyat, beliau amat memahami keadaan orang kampung setiap kali tiba musim peperiksaan.

“Saya selalu didatangi oleh rakyat yang datang semata-mata ingin meminta bantuan kewangan bagi menjelaskan yuran peperiksaan berkenaan.

“Oleh itu, saya menggesa kerajaan agar segera menghapuskan yuran tersebut bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat,” katanya.

Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) berkata, beliau menyokong cadangan tersebut memandangkan ekonomi negara ini berada dalam keadaan yang baik.

“Saya fikir kos peperiksaan dapat ditampung,” katanya.

Utusan 27 Jun 2007

 
   
Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In Parliament 国会 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009