Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 13-11-2007)

 

11.49 pg.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud Bekalan 13 Butiran 050000 - Institusi Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri. Tuan Pengerusi, seperti mana yang kita tahu bahawa IDHL ini perlu mengendalikan program latihan, program penyelidikan dan kajian analisis serta perkhidmatan rundingan dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam melatih pegawai-pegawai dan kita semua sedia maklum bahawa negara kita ingin menjadi warga global or global player di dalam arena antarabangsa sama ada di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun lain-lain badan di peringkat antarabangsa di mana negara kita boleh memainkan peranan yang penting.

Maka saya nak tanya pihak kementerian, dalam hal ini, dalam program latihan kita dapati bahawa seperti contohnya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terdapat pelbagai pertubuhan jawatankuasa di mana memerlukan tenaga kerja yang begitu ramai untuk memegang jawatan-jawatan yang seperti jawatan eksekutif dan jawatan penyelidik di UNICEF, di UNESCO, UNDP, UNDPKO dan sebagainya.

Malangnya, kita dapati bahawa tidak ada warga negara Malaysia yang dihantar ataupun yang dicalonkan oleh negara kita untuk bertugas memegang jawatan-jawatan yang penting dalam badan-badan antarabangsa ini. Maka, saya hendak tanya apakah jenis latihan yang telah dilakukan di dalam institusi ini?

Perkara kedua yang saya hendak bangkitkan Tuan Pengerusi, ataupun maksud Bekalan 13, Butiran 010400 - Undang-undang Antarabangsa Dan Triti dan kementerian juga bertanggungjawab untuk memastikan mana-mana dokumen ataupun perjanjian dan pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan perhubungan antarabangsa dapat dilaksanakan dan diselaraskan dengan undang-undang dan peraturan serta pekeliling yang terdapat di Malaysia dengan undang-undang antarabangsa serta peruntukan mana-mana perjanjian ataupun triti ataupun konvensyen di mana Malaysia adalah negara anggota. Kita tahu bahawa negara kita telah mengambil bahagian di dalam operasi peace-keeping sekian lama semenjak tahun 60-an. Baru-baru ini juga telah dihantar dua pasukan, satu pasukan angkatan tentera dan juga satu pasukan polis untuk memainkan peranan dalam operasi ''peace-keeping di sini.

Saya difahamkan, ada Memorandum of Understanding belum ditandatangani padahal sekian lama negara kita telah pun menghantar pasukan-pasukan tertentu beberapa kali. Perjanjian tersebut sudah menjadi sesuatu yang sangat biasa. Oleh itu, saya hendak bertanya bagaimanakah pihak kementerian tandatangan perjanjian-perjanjian tersebut seperti Memorandum of Understanding? Sebab ini akan menjejaskan kredibiliti negara kita di peringkat antarabangsa sekiranya Memorandum of Understanding tidak ditandatangani dan pasukan kita telah pun dihantar ke luar negeri. Oleh itu saya rasa ini akan menjejaskan negara kita dari segi kredibiliti dan keupayaan kita dalam menangani hal ehwal antarabangsa.

Perkara yang terakhir yang saya ingin bangkitkan di sini ialah tentang Maksud Pembangunan 13, iaitu Butiran 00100 - Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut dan juga Butiran 00300 - Pembekalan Perabot & Kelengkapan Perwakilan di Seberang Laut.

Tuan Pengerusi, setiap tahun kita berbelanja sangat tinggi untuk membayar sewa rumah bagi anggota-anggota kita yang ditempatkan di luar negara. Sebagai contohnya, saya tahu bahawa seorang anggota pentadbiran yang ditempatkan di New York, unit sekadar sewa yang boleh dibayar oleh kerajaan kita untuk anggota tersebut ialah setiap bulan, USD9,000 untuk kediamannya dan setiap anggota itu ditempatkan di tempat-tempat yang berlainan.

Selain daripada itu, kerajaan juga membayar sewa untuk pejabat-pejabat tertentu beribu-ribu US Dollar. Maka ini adalah satu anggaran yang sangat besar yang akan membebankan negara kita. Oleh itu, untuk kebaikan jangka masa panjang, saya hendak tanya, apakah rancangan pihak kementerian supaya kita membeli bangunan-bangunan yang tertentu yang dapat menjimatkan duit dan pada masa jangka panjang ada appreciation harta di luar negara. Maka ini tidak akan membebankan negara kita dan pada masa yang sama, apabila kita menghantar pegawai yang mengambil alih pegawai yang lepas pulang, ada sedikit kecenderungan di mana ada pegawai suka membuat renovation tempat kediamannya ataupun pejabatnya. Maka ini juga menelan perbelanjaan-perbelanjaan yang tinggi.

Dalam hal ini, saya hendak minta pandangan kementerian ataupun ketetapan kementerian, berapa kerapkah anggota dihantar dan berapa kerapkah renovation dibuat di dalam unit kediaman ataupun pejabat-pejabat kita di luar negara supaya kita tidak membazir banyak duit.

. Dengan itu yang akhir sekali, tentang hal ini yang sama, di mana saya hendak tanya bagaimanakah pihak kementerian melupuskan kelengkapan ataupun perabot-perabot sekiranya ada renovation pejabat-pejabat ataupun unit kediaman dilakukan? Sekian, terima kasih.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009