Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extrated from hansard dated 19-12-2007)

 

10.50 am

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Alor Star. Tadi dua kali Yang Berhormat bagi Alor Star menyebutkan tentang rehabilitasi kepada banduan-banduan yang diberi parol di dalam kawasan yang tertentu. Saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Alor Setar. Apabila disebutkan rehabilitasi, apakah sepatutnya dilakukan dalam tempoh rehabilitasi itu sebab di dalam undang-undang tertentu, kita pun nampak bahawa apabila seseorang melakukan kesalahan, untuk merehabilitasikan seseorang itu, maka orang itu dikehendaki untuk menjalankan khidmat komuniti di dalam kawasan yang tertentu. Apakah dalam maksud rehabilitasi itu termasuklah program-program khidmat masyarakat yang dikehendaki dijalankan oleh orang-orang yang diberi parol ini? Minta penjelasan Yang Berhormat.

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: Terima kasih Yang Berhormat dari Kelana Jaya. Memang benar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat memang benar. Jika kita menyebut tentang konsep rehabilitasikan seseorang banduan, maksudnya kita juga harus, yang pertama sekali kita kena membeza-bezakan dulu penjenayah-penjenayah yang terlibat dengan jenayah yang berat seperti di bawah Fourth Schedule ataupun Jadual Keempat ataupun jenayah-jenayah yang lebih ringan di luar pada Jadual Keempat.

Mungkin bila kita sebut tentang konsep rehabilitasi ini, kita tertumpu kepada banduan-banduan yang tersabit dengan jenayah-jenayah di luar Schedule Empat ataupun Jadual Keempat di mana semasa mereka menjalani hukuman mereka ini di dalam penjara...

Memang terdapat banyak program kita harus memberi supaya banduan ini mengikuti seperti khidmat masyarakat. Pada sekian masa kena keluar untuk memberi khidmat, dalam penjara pun mereka ini sentiasa diberikan tuition dengan izin, tuisyen macam mana kita nak menyumbang balik kepada masyarakat dan lain-lain. Ini adalah maksud rehabilitasi or maksud correctional. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat.

 

11.44 am

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi Yang Berhormat sebut tentang kembali kepada masyarakat bagi membolehkan penghuni-penghuni penjara itu dapat berlaku ke masyarakat. Kita ada dua pilihan. Sama ada seseorang yang diberi parol itu balik ke kampung asalnya atau dihantar ke daerah yang lain untuk menjalankan parol. Apakah pandangan Yang Berhormat sama ada boleh tak diterima? Kita membolehkan mereka balik ke kampung asal mereka untuk menjalankan tempoh parol itu. Apakah Yang Berhormat terima cadangan ini?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Pada saya di mana yang terbaik itu yang harus kita laksanakan. Kedua-duanya pun memang boleh sama ada mungkin di tempat daerah dia sendiri atau di daerah orang lain ataupun mungkin untuk melindungi. Sebab kadang-kadang masyarakat ini apabila masalah itu telah dihukum penjara mahu kembali kepada pangkuan masyarakat pun payah, payah diterima sebab apa sahaja masalah berlaku pesalah itu yang dituduh. Kalau dia pencuri, orang lain yang mencuri pun dia juga yang disyaki. Inilah masalah kelompok masyarakat kita tidak boleh menerima orang yang berhasrat kembali ke masyarakat.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009