Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 10-12-2007)

 

10.23 mlm.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040000 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Tuan Pengerusi, kerajaan telah berbelanja berpuluh-puluh juta ringgit untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah melalui pusat serenti kerajaan dan juga PEMADAM, PENGASIH, PENGAMAN dan sebagainya. Walau bagaimanapun ada segolongan pusat-pusat pemulihan dadah yang bukan swasta, yang juga bukan kerajaan yang juga telah membantu untuk menangani masalah ini, tetapi tidak diberi bantuan dan selama ini telah diabaikan.

Saya sendiri telah menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri bertemu dengan 21 pusat pemulihan dadah, di mana kita telah mengadakan sukan untuk mereka, dihadiri oleh 500 orang bekas penagih dadah yang telah pun menyesal dan ingin balik ke pangkuan masyarakat dan sekarang ini sedang menjalankan pemulihan di pusat-pusat pemulihan dadah bukan kerajaan. Pusat-pusat pemulihan dadah ini, mereka bergantung pada sumbangan dan derma orang awam untuk menjalankan rawatan dan pemulihan. Oleh itu dari segi keberkesanannya kita telah mendapati bahawa mereka memang berkesan dalam membantu bekas-bekas penagih ini untuk balik semula ke pangkuan masyarakat.

Walaupun mereka bukan kerajaan, tetapi dari segi kos per kapitanya, saya rasa mereka telah berbelanja dengan minimum tetapi kesannya amat berkesan, amat efektif kalau berbanding dengan pusat-pusat serenti kerajaan, di mana kos per kapita yang dibelanjakan di pusat-pusat serenti kerajaan adalah tinggi. Tambahan pula program-program pemulihan dan program susulan yang dijalankan itu memang nampak hasilnya, di mana tidak ada kes ulang dan tidak ada kes lari semasa menjalani proses pemulihan dan tidak ada juga kes di mana pegawai membawa masuk bekalan dadah kepada mereka, tetapi mereka menghadapi masalah kewangan di mana bukan semua orang menderma dan menyumbang. Setiap bulan mereka terpaksa membiayai RM15,000.00 ke RM30,000.00 untuk membiayai kos sewa bangunan, tadbir urus dan sebagainya.

Maka dengan itu, saya mintalah kepada pihak kerajaan dapat melihat supaya memberi bantuan kepada mereka dan tidak minta bantuan setiap bulan. Cuma satu kali token sebagai pengiktirafan kepada mereka iaitu lebih RM15,000.00 ataupun RM20,000.00 setahun kepada mereka sebagai pengiktirafan kepada mereka.

Perkara yang terakhir ialah tentang balai-balai dan pondok-pondok polis Butiran 12000. Sebuah balai baru akan dibina di USJ 8. Saya cadangkan oleh sebab balai polis USJ 8 yang baru dibina ini menggantikan balai yang lama, saya cadangkan agar namanya ditukar menjadi Balai Polis USJ, dan bukannya menggunakan Balai Polis USJ 8. Kerana kawasan ini melingkungi USJ 1 hingga USJ 22 luas kawasan pentadbiran adalah 25 kilometer persegi. Saya hendak tanya bilakah Balai Polis USJ ini akan siap dibina dan saya harap dapat digunakan tahun hadapan? Apakah kos yang terlibat dan apakah spesifikasi pembinaan tersebut? 

Saya minta juga supaya pihak kementerian menerima cadangan saya agar ditubuhkan unit-unit yang tertentu di balai tersebut. Kerana balai ini akan menjaga lebih kurang 30,000 unit perumahan dan juga 180,000 penduduk di situ. Maka saya rasa unit siasatan, unit trafik, unit narkotik dan sebagainya boleh ditempatkan di situ, ditambahkan lagi anggota-anggota polis dan saya hendak tanya, apakah unjuran anggota polis yang akan ditempatkan di Balai Polis USJ ini? Mereka juga meminta agar kereta peronda ditambahkan kerana ini di kawasan bandar.

Di kawasan bandar, sekarang ini penjenayah melakukan jenayah bukan hanya pada waktu Malam, waktu siang pun, mereka melakukan rompakan seperti mana yang terkena oleh pihak tertentu dan Tuan Pengerusi pun kena. Rumahnya kena rompak waktu siang, maka saya rasa perlunya ada kereta peronda ditambah di kawasan bandar.

Selain daripada itu, senjata dan juga talian telefon. Macam di Balai Polis Kelana Jaya, hanya ada satu talian sahaja. Balai Polis USJ ada dua talian sahaja. Ini tidak cukup. Maka saya mintalah supaya kementerian melihat perkara ini dan minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009