Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

 (Extracted from hansard dated 06-12-2007)

 

4.19 ptg.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 050000 - Perkhidmatan Hal Ehwal Khas - JASA. Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat bagi Tanah Merah. Tentang perkhidmatan JASA ini, perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat MCA beberapa negeri tentang ketidakpuasan terhadap JASA.

Kita tahu bahawa JASA ini sepatutnya memainkan peranan supaya mengeratkan hubungan rakyat dan juga menjelaskan kepada rakyat tentang dasar-dasar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Apa yang dilakukan sekarang ini kita nampak bahawa pelantikan pegawai ini tidak efektif, tidak berkesan. Satu lagi tidak mencerminkan komposisi rakyat di Malaysia yang sepatutnya.

Saya difahamkan bahawa baru-baru ini jumlah pelantikan pegawai JASA ini adalah 769 orang telah dilantik. Di antara ini hanya 84 orang bukan bumiputera, yang lain bumiputera. Saya tidak mahu membezakan bumiputera dan bukan bumiputera; tetapi peranan yang dimainkan itu jelas tidak nampak kesannya. Sehinggakan antara pemimpin MCA mengatakan mengapa MCA tidak jelaskan dasar kepada rakyat? Pegawai-pegawai JASA yang sepatutnya memainkan peranan tidak memainkan peranan mereka.

Oleh itu saya hendak tanya apakah kriteria pelantikan pegawai-pegawai JASA dan apakah peranan yang harus dilakukan dan apakah bidang tugas mereka? Berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada mereka untuk menganjurkan program-program? Sebab ada rakan-rakan di dalam Dewan ini telah berkata termasuk saya kita tanya pegawai JASA dengan program-program. Minta penjelasan, minta terangkan program yang dianjurkan dan kita mahu mengambil bahagian ataupun kita mahu anjurkan program. Dia kata dia ada program sendiri tengah diaturkan, kalau Yang Berhormat mahu program, mohonlah tulis kertas kerja hantarlah kertas kerja kita timbangkan sahaja.

Apa cerita ini Tuan Pengerusi? Program yang dilakukan oleh pegawai JASA tidak payah di bagi tahu, tidak payah di maklum kepada wakil rakyat. Namun apabila wakil rakyat hendak membuat program sama ada ADUN ataupun wakil Parlimen kena memohon tetapi tidak ada jawapan. Dengan itu, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Saya minta agar kementerian melihat perkara ini dan meneliti semula pelantikan pegawai-pegawai JASA ini. Kalau boleh kemas kinikan yang sedia ada. Dengan itu saya hendak minta penjelasan berapakah peruntukkan disalurkan kepada setiap pegawai JASA di setiap DUN, di setiap Parlimen, di setiap daerah. Bagaimanakah program-program dilaksanakan, bagaimanakah wakil-wakil rakyat diberitahu tentang program yang sedang dilaksanakan itu. Dengan itu sahajalah, terima kasih Tuan Pengerusi.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009