Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 05-12-2007)

12.02 tgh.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin masuk berkaitan Butiran 02007 Kompleks Sukan Komuniti. Tuan Pengerusi, dalam butiran ini kita lihat bahawa sejumlah besar peruntukan yang disediakan untuk pembinaan kompleks sukan komuniti dan saya masih ingat bahawa pihak menteri pernah janji, bahawa semua kawasan Parlimen akan dibina kompleks sukan komuniti tetapi sampai sekarang saya hendak tanya, berapakah kompleks telah pun dibina dan mengapakah kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan Parlimen Kelana Jaya dan lain-lain lagi belum ada kompleks sukan komuniti seperti mana yang dijanjikan. Ini perkara yang pertama.

Yang kedua, Tuan Pengerusi, tentang Butiran 020200 Pembangunan Sukan. Tuan Pengerusi, di dalam rancangan kementerian ada satu program yang dipanggil Program Sukan Malam dan memang mendapat sambutan yang baik pada awalnya, kerana Program Sukan Malam ini dianggap dapat membantu menangani masalah sosial di kalangan belia dan remaja yang berkeliaran ataupun melepak di waktu malam, khususnya di kawasan ataupun di tamantaman rekreasi yang tertentu di kawasan bandar.

Sehingga sekarang ini kita nampak bahawa Program Sukan Malam ini ada rungutan bahawa program ini kurang berjaya kerana tidak ada facility, tidak ada kemudahan prasarana yang mencukupi untuk diadakan Program Sukan Malam, khususnya di kawasan bandar. Maka ramai belia dan remaja melepak di kawasan-kawasan tertentu dan begitu juga rakan-rakan di kawasan luar bandar juga, merungut tentang hal ini kerana sekiranya tidak ada kelengkapan atau prasarana yang mencukupi, bagaimanakah kita hendak menggalakkan belia-belia di kawasan luar bandar untuk berkecimpung dalam sukan ini supaya mereka dapat menggunakan waktu malam dengan sebaik-baik mungkin. Ini perkara yang berkaitan dengan Program Sukan Malam.

Oleh itu saya mintalah, berapakah belanja yang telah pun dibelanjakan dan digunakan dalam Program Sukan Malam ini dan apakah kemudahan-kemudahan yang telah pun dibina untuk tujuan Program Sukan Malam? Saya minta penjelasan dan penerangan daripada pihak kementerian.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Program Rakan Muda, kita lihat bahawa dalam butiran yang berkaitan sama ada dalam maksud bekalan atau maksud pembangunan, satu peruntukan yang sangat besar telah diperuntukkan untuk penyelarasan dan pelaksanaan Program Rakan Muda, jumlahnya lebih daripada RM60 juta.

 

4.30 ptg

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Tuan Pengerusi, saya sambung sedikit. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, saya membangkitkan soal tentang Kompleks Sukan Komuniti ini. Cuma secara ringkaslah, secara terus terang tadi Yang Berhormat ada jawab bahawa yang Jasin punya buat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dalam tempoh berapakah semua kawasan Parlimen adanya Kompleks Sukan Komuniti, apakah tempohnya? Untuk semua, itu sahaja, ringkas sahaja, tidak payah panjang-panjang sangatlah. Apakah tempoh untuk siapkan semuanya?

Tuan Sa. Vigneswaran: Tempoh terdekatlah Yang Berhormat.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Apa tempoh yang terdekat? Tahun 2015 pun tempoh terdekat.

Tuan Sa. Vigneswaran: Yang Berhormat macam ini, kita kalau saya cakap dalam masa dua tahun pun tidak pastilah pasal banyak yang kena bina.

Macam inilah, ini bergantung kepada kelulusan yang diberi dari Kementerian Kewangan kalau dia bagi esok kita startlah esok. Oleh kerana kekurangan, kekangan wang, pembinaan kita pun tidak banyaklah. Saya mintaklah Yang Berhormat, kalau ada apa-apa, mohon gelanggang pelbagai dululah.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Kita bukan menteri! Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya telah memohon gelanggang tetapi tidak ada jawapan pun.

Tuan Sa. Vigneswaran: Eh, mana ada, tidak ada!

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Sudah pun saya bagi! Menteri saya bagi, Yang Berhormat pun saya bagi. Tidak ada jawapan!

Tuan Sa. Vigneswaran: Okey, okey.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009