Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 27-11-2007)

 

5.16 ptg.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan projek LRT di bawah Butiran 00200, yang berkaitan dengan Kajian Peningkatan Infrastruktur sedia ada/Laluan Komuter.

Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu tentang stesen komuter di Subang Jaya. Stesen komuter ini terletak di tempat yang sesak dan saya hendak mengesyorkan kepada kementerian agar dapat mempertingkatkan laluan keluar masuk di stesen komuter ini. Kalau boleh ditambahkan lagi tempat letak kereta dengan multi-storey car park iaitu tempat letak kereta bertingkat supaya memudahkan pengguna menyimpan kereta di situ. Jika tidak dapat apakah usaha pihak kementerian ataupun pihak KTM dapat mengubah tempat ataupun lokasi stesen ini disepadukan dengan projek mengembangkan jaluran LRT ke Subang Jaya. Saya rasa ini perlu dikaji dan diteliti.

Bersesuaian dengan tajuk ini juga, iaitu Butiran 01300 - Projek Integrasi Stesen-stesen LRT STAR/PUTRA. Sudah tiga tahun berturut-turut saya membangkitkan isu kesesakan lalu lintas dan menyeru pihak kerajaan untuk mengembangkan projek LRT sampai ke Subang Jaya dan USJ. Pada tahun lepas telah pun diumumkan bahawa adanya projek LRT PUTRA dari Kelana Jaya stesen di kembangkan ke Subang Jaya dan STAR LRT dikembangkan dari Sri Petaling ke USJ Puchong.

Pada tahun lepas semasa saya bangkitkan semula perkara ini, Yang Berhormat Menteri sendiri telah berjanji akan mengkaji dan meneliti cadangan saya di mana saya mencadangkan agar kedua-dua laluan LRT (PUTRA dan STAR) dapat dicantum dan disambung di kawasan Subang USJ supaya akan membentuk satu laluan yang integrated. Sekarang ini kita tidak ada apa-apa lagi perkembangan dan saya minta agar pihak kementerian dapat memberitahu atau memberi taklimat kepada kita, khususnya wakil rakyat di situ supaya kita memahami. Ini kerana rakyat di situ sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah jajaran (alignment) LRT dari Subang Jaya ke USJ dan juga di tempat mana stesen-stesen akan di bina.

Syarikat Prasarana Negara Bhd. ada memberitahu segelintir orang dan mereka telah bercerita kepada penduduk-penduduk dan menimbulkan kekeliruan. Saya rasa adalah lebih baik agar SPNB dan juga pihak kementerian memberitahu dan menjelaskan kepada kita agar dapat dijelaskan kepada rakyat apakah projek dapat dilaksanakan dengan sempurna pada akhir tahun 2008. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, tentang 090500 - Pengangkutan Udara. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian kerana telah menang kerusi di IMO, suatu pencapaian yang menunjukkan pengiktirafan antarabangsa di atas capability dan kebolehan Malaysia. Pada masa yang sama juga kita juga telah menang kerusi di International Civil Aviation Organisation (ICAO) kali pertama. Untuk hal ini kita juga mahukan agar kementerian dapat memilih seorang pegawai yang betul-betul berkaliber dan berpengalaman untuk bekerja sebagai pegawai sokongan di ICAO supaya apa yang kita menang itu dapat dipertahankan pada masa hadapan. Dengan itu dapatlah kita bukan hanya menyumbang kepada industri penerbangan di antarabangsa, tetapi pada masa yang sama juga akan membawa limpahan balik kepada negara kita. Dengan itu saya mohon agar pihak menteri dapat memberi penjelasan tentang perkara ini.

Sekian, terima kasih.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009