Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 21-11-2007)

12.14 tgh.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran 020000 berkenaan dengan Pembangunan dan Koperasi yang saya hendak kaitkan dengan Butiran 13000 - Maktab Kerjasama Malaysia.

Tuan Pengerusi, baru-baru ini saya terbaca satu laporan yang dikeluarkan oleh Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang menunjukkan bahawa koperasi terbesar di dunia ini ada 300 buah di mana telah menyumbang kira-kira USD 1 trilion kepada ekonomi global setiap tahun. Apa yang hendak saya pertikaikan ialah di dalam senarai 300 buah koperasi ini tidak ada sebuah pun dari Malaysia. Walaupun di antara 300 buah koperasi terbesar dunia ini ada yang agak baru sahaja ditubuhkan lebih kurang 10 tahun hingga 15 tahun, tetapi koperasi-koperasi di Malaysia yang kebanyakannya telah wujud berpuluh-puluh tahun tetapi tidak dapat dimasukkan dalam senarai 300 buah koperasi yang terbesar di dunia. Yang dapat dimasukkan hanyalah di antara 150 buah koperasi di kalangan negara-negara sedang membangun.

Maka saya hendak bertanya kepada pihak kementerian dan juga Maktab Kerjasama Malaysia, bagaimanakah kita dapat membantu untuk menghubungkan koperasi-koperasi yang telah wujud lama di Malaysia ini dengan syarikat-syarikat GLC dan juga multinational company supaya kita dapat membangunkan koperasi Malaysia ini ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Kedua, Butiran 09600 berkaitan dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. Tuan Pengerusi, di kawasan bandar jumlah kependudukannya amatlah tinggi. Saya hendak bertanya tentang pelesenan bas sekolah. Bagaimanakah pelesenan bas sekolah diagihkan untuk kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Di kawasan bandar setiap pengusaha hanya dapat menghantar murid-murid bagi satu trip sahaja kerana kesesakan lalu lintas dan juga keadaan perumahan yang begitu banyak dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada pengusaha kecil ataupun hanya mula menjalankan perniagaan sebagai pemilik tunggal untuk membawa bas sekolah.

Di sini kita nampak ada satu masalah di kawasan bandar apabila pihak Lembaga mengenakan syarat bahawa pengusaha-pengusaha kecil ini hendaklah mendapatkan kelulusan daripada PBT untuk mengadakan tempat letak kereta ataupun tempat letak bas. Tetapi di kawasan bandar, di kawasan PBT, tidak ada tempat untuk meletak bas kerana mereka hanyalah pengusaha kecil. Di mana mereka dapat mengadakan tempat ruang yang besar untuk meletakkan bas mereka? Ini adalah satu masalah timbul. Oleh yang demikian saya minta agar pihak Lembaga di bawah bimbingan kementerian dapat mengadakan rundingan dengan pihak PBT supaya janganlah kita menindas pengusaha-pengusaha kecil ini yang cuba menyediakan perkhidmatan bas sekolah di kawasan bandar. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009