Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 11-09-2007)

4.00 ptg

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan juga pandangan Santubong berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh Parlimen. Walau bagaimanapun di dalam peruntukan yang ada ini, Ahli-ahli Parlimen dibenarkan untuk mengemukakan Private Bill tetapi kebiasaannya adalah urusan kerajaan akan mendahului Private Bill yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Di samping itu Dewan Rakyat kita tidak sama dengan Dewan Rakyat atau Parlimen di negara-negara lain seperti di England di di mana Ahli-ahli Parlimen mereka disokong oleh kerajaan untuk membantu dalam penyelidikan dan menyediakan elaun-elaun yang tertentu untuk menyediakan Private Bill. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang sistem Parlimen kita ini?

Apakah pihak kerajaan harus memperkasakan lagi Ahli-ahli Parlimen untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif membantu rakyat? Sekian, terima kasih.

 

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Itu yang saya katakan tadi bahawa satu kuasa yang sepenuhnya haruslah di bagi kepada Ahli-ahli Parlimen dalam institusi Parlimen ini termasuklah bukan sahaja apa yang kita gubal, apa yang kita luluskan tetapi termasuk juga urusan harian haruslah ditetapkan oleh Parlimen sendiri. Jadi saya rasa ini merupakan satu contoh yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana jaya tadi yang telah menepati persoalan yang saya bangkitkan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat seksyen 42 satu peruntukan yang sedia yang menyatakan bahawa maaf seksyen 42 Anti Corruption Act tahun 1997 ini yang menyatakan bahawa wujudnya satu presumption iaitu satu tanggapan yang menyatakan bahawa jika pendakwa raya dapat membuktikan penerimaan wang oleh defendan, maka wujudnya, berbangkitnya satu tanggapan presumption bahawa penerimaan wang itu adalah secara rasuah.

Ini merupakan satu peruntukan yang baik, apabila saya membaca keseluruhan Akta Anti Rasuah 1997 ini, saya rasa secara umumnya, secara keseluruhannya semua ada, kepada jawatankuasa, investigation (siasatan), kuasa untuk menghukum cukup cantik, tapi soalnya saya rasa mungkin wujud satu lagi yang kena kita masukkan. Saya mencadangkan pada petang ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita wujudkan satu tanggapan lagi. Iaitu bagaimana jika wujudnya satu keadaan aset yang diperoleh oleh defendan itu sama ada wang, wang tunai ataupun dalam bentuk harta tidak alih seperti rumah, tanah dan sebagainya. Jika aset itu jauh melebihi keupayaan pendapatan tahunan defendan itu, maka haruslah wujudnya presumption itu, tanggapan itu supaya kita menukarkan beban bukti itu daripada pendakwa raya kepada defendan. Untuk menjelaskan, untuk memberikan penjelasan mengapa beliau dapat memiliki begitu banyak aset yang jauh lebih daripada kebolehan pendapatan tahunan beliau.

Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu ini kerana saya dapati bahawa masih wujud lagi rintihan dan juga tanggapan di kalangan rakyat yang menyatakan bahawa ada sesetengah pihak yang sebenarnya begitu berada, begitu kaya sehinggakan mereka memiliki aset-aset yang begitu banyak. Ini tidak sama rata, tidak sealiran dengan keupayaan pendapatan tahunan beliau itu. Jadi kita ambil kira jika seorang guru besar, berapa boleh dapat kita boleh kira, seorang peguam kita boleh kira merujuk kepada borang J dan sebagainya. Kita boleh menentukan supaya apabila wujudnya mana-mana pihak yang ada keadaan sebegitu kita boleh membangkitkan tanggapan itu.

 

4.20 ptg

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sambung apa yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Petra Jaya sebab saya juga ada sedikit kemusykilan sama ada wakil rakyat ataupun kakitangan awam, mereka adalah pemegang amanah kepada rakyat kerana semuanya sama, termasuk juga kakitangan di dalam Biro Pencegah Rasuah. Mereka juga adalah kakitangan awam. Kalau kita hendak adanya check and balance dalam hal rasuah ataupun kita hendak memerangi gejala rasuah ini, siapakah yang patut mengawal selia ataupun memantau kakitangan di dalam BPR ini dan bagaimanakah mereka perlu mengisytiharkan harta mereka sebagai pegawai dalam BPR? Minta penjelasan.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa kita haruslah memastikan bahawa wakil rakyat itu tidak menyeleweng. Bagi kakitangankakitangan kerajaan, mereka makan gaji sahaja tetapi pembuat dasar itu siapa. Sebenarnya wakil rakyat. Wakil rakyat yang mempunyai the final say, so to speak, dengan izin. Jadi saya rasa sumber itu dan juga disebabkan oleh kedudukan itu, saya rasa kita haruslah mengenakan satu hukuman penjara yang lagi berat ke atas wakil rakyat.

 

4.40 ptg

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Yang Berhormat Kota Melaka, saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Melaka supaya kita apabila menangani isu pencemaran ini, kita harus berhati-hati sebab kita nak dapatkan keyakinan seluruh rakyat tentang usaha, kegigihan dan komitmen kerajaan dalam menangani masalah pencemaran.

Kita semua tahu bahawa, baru-baru ini saya sendiri diberitahu oleh pihak kementerian berkaitan bahawa pada tahun 2006 ini, terdapat sebanyak 18,956 punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan di antara 18,956 punca pencemaran ini, yang melibatkan ladang ternakan khinzir hanyalah 869 sahaja dan di mana lain-lain itu melibatkan 9,000 loji rawatan kumbahan, 8,543 industri pembuatan dan juga 484 industri berasaskan pertanian yang mengakibatkan pencemaran.

Maka saya nak minta pandangan Yang Berhormat Kota Melaka, selain pada pencemaran ladang ternakan khinzir ini yang hanya terdapat 869 kes itu, lain-lain kes, berpuluh-puluh ribu kes itu, bagaimanakah kita harus meminta pihak-pihak yang berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka? Apakah tindakan yang telah diambil sehingga sekarang ini? Maka saya rasa kalau pihak yang berkaitan dapat menangani masalah ini dengan adil dan saksama dan membuktikan kegigihan dan usaha oleh kerajaan dalam memerangi masalah pencemaran ini. Saya rasa tidak ada masalah bagi kita sama ada ternakan khinzir ataupun ladang industri yang berlainan, kita haruslah menguatkuasakan kepada sesiapa pun yang melanggar undangundang ini. Apakah pandangan Yang Berhormat?

 

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya katakan kerana soal ini ialah soal dan juga masalah pencemaran alam sekitar. Ini bukan satu soal perkauman. Jadi kita bagi komitmen kepada penternak-penternak khinzir dalam negara kita dengan satu ketentuan, patuhilah syarat-syarat ini supaya permit akan diberikan. Saya rasa tidak ada masalah tapi sekarang masalahnya ia daripada kedua-dua pihak. Pencemaran alam sekitar, kita tidak dapat selesaikan. Itu yang pertama.

Yang kedua, belum ada lagi satu komitmen daripada pihak kerajaan untuk memberikan permit secara terbuka kerana ini adalah masalah daripada kedua-dua pihak. Apa yang berlaku pada hari itu adalah satu perkara yang cukup malang. Satu perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara kita kerana isu subjek perkara penternakan khinzir ini, jika kita lihat dari segi hati yang terbuka, memang tidak ada masalah. Ia bukan satu perkara yang sensitif langsung, Tuan Yang di-Pertua.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009