Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

USUL dicadangkan oleh LOH SENG KOK, AHLI DEWAN RAKYAT KAWASAN KELANA JAYA sempena MESYUARAT KETIGA (27 Ogos - 19 Dis 2007), PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-11, TAHUN 2007

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1) Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa tujuan sektor perkilangan merupakan sektor yang menjadi fokus ekonomi utama Kerajaan sejak tahun 2000. Pelan Induk Perindustrian Ketiga yang merangkumi tempoh 15 tahun (tahun 2006-2020) disediakan supaya dapat meningkatkan daya saing industri pembuatan dan perkhidmatan. Menyedari hakikat bahawa perubahan struktur ekonomi mempunyai implikasi yang penting ke atas permintaan masa hadapan bagi pembangunan sumber manusia di negara ini. Apabila ekonomi menuju ke arah kegiatan perkilangan yang lebih canggih dan berteknologi tinggi, satu bekalan guna tenaga yang mencukupi adalah diperlukan. Maka dengan ini Dewan ini mengambil keputusan bahawa institusi vokasional dan politeknik perlu ditambahkan lagi untuk memenuhi pertambahan dalam permintaan bagi pekerja mahir dan teknikal."

(Menteri Sumber Manusia)

 

2) Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini melahirkan rasa sedih terhadap kekalahan yang teruk bagi pasukan bola sepak negara kita dalam Asian Cup yang diadakan baru-baru ini. Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan kegagalan tersebut yang menjejaskan prestasi sukan dan imej negara. Kejadian ini juga membazirkan beribu-ribu juta ringgit yang telah dilaburkan ke dalam bidang bola sepak. Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan serta merta untuk mengkaji semula segala kekurangan dan kelemahan dalam bidang sukan negara kita khasnya bidang bola sepak supaya bidang sukan negara kita dapat terus berkembang dan mengharumkan nama negara kita di peringkat antarabangsa."

(Menteri Belia dan Sukan)

 

3) Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyedari kebanjiran pendatang asing Indonesia yang sah dan tanpa izin yang begitu ramai sehingga menimbulkan masalah sosial dan mengancam ketenteraman masyarakat. Maka dengan ini Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak institusi pentadbiran Kerajaan mengambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah ini dan mengenakan hukuman yang berat terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan golongan yang terlibat."

(Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009