Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 09-07-2007)

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa bagi mereka yang memberi maklumat palsu, maka haruslah mereka dihukum. Bagi syarikat/firma-firma rujukan kredit ini bukan sahaja wujud di Malaysia tetapi wujud juga di luar negara. Di Malaysia bukan hanya CTOS dan ada juga seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga ada badan-badan seperti biro kredit yang diwujudkan oleh Persatuan Syarikat Kewangan Malaysia iaitu Perkhidmatan Informasi Kewangan Malaysia (FIS) dan juga lain-lain lagi.

Persoalan pokoknya ialah siapakah yang mewujudkan data tersebut? Adakah data itu tepat ataupun tidak? Sebagai contohnya dalam Akta Bankrapsi, peraturan 234 mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu dianggap telah dijatuhkan bankrap oleh mahkamah, maka seharusnya pihak mahkamah mewartakan bankruptcy dalam Warta Kerajaan tetapi kebanyakannya tidak lakukan ataupun tidak diupdate.

Dalam Akta Bankrapsi juga, dalam seksyen 33(3) yang menyatakan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia yang telah melupuskan kes-kes bankrap, maka seharusnya perkara itu diiklankan di dalam akhbar tetapi kebanyakannya tidak dilakukan. Apakah mereka yang tidak mengupdatekan maklumat-maklumat awam tersebut boleh disalahkan juga atau dihukum dalam akta yang akan digubal kemudian. Terima kasih.

 

Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih, Yang Berhormat. Perincian mengenai akta ini, apa yang akan dimuatkan sebagai peruntukan-peruntukan yang perlu dan tindakan-tindakan yang akan diambil ini perlu kepada pengkajian dan perbincangan selanjutnya. Buat masa ini kita tidak ada draf lagi yang boleh kita nyatakan dengan khusus tetapi yang jelas dari segi prinsipnya keadilan moral seperti yang saya sebutkan tadi mesti dipertegakkan, pengguna tidak boleh dianiayai dan sekiranya kesilapan ini dilakukan dalam sistem tersebut, maka kalau pengguna hendak memperbetulkan kesilapan tersebut janganlah pula dia terpaksa membayar wang, padahal dia tidak kena mengena dengan kesalahan yang dilakukan.

Saya juga ingin dalam barangkali masa seminit dua sebagai penutup ini, untuk menyatakan bahawa dalam kita menyuarakan kebimbangan dan kerisauan kita tentang masalah ini, kita juga jangan lupa bahawa sebenarnya dalam konteks sebuah negara, sebuah ekonomi, sebuah sistem kewangan, maklumat kredit seperti ini perlu ada. Cuma yang memberikan maklumat, yang mengendalikan maklumat ini dan bukan sahaja satu, saya kira mungkin perlunya dua atau tiga, mestilah kegiatan ini di bawah satu undang-undang yang memastikan bahawa penyelenggaraan dan pelaksanaan maklumat kredit ini adalah bertepatan dengan hasrat kita sebagai sebuah negara untuk menjana pertumbuhan, menggalakkan pinjaman, untuk memastikan rakyat tidak dipersia-siakan dan hasrat mereka untuk melibatkan diri dalam bidang ekonomi, terutama sekali ekonomi baru di mana ekonomi baru ini, tidak semestinya kegagalan satu-satu masa, tidak semestinya petunjuk kepada kegagalan sepanjang masa.

Barangkali kalau kita ada satu framework yang sedemikian, satu keinsafan dan kesedaran yang sedemikian, maka kita akan bekerjasama untuk mencari satu penyelesaian, mencari satu kaedah di mana semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik dan memberi faedah kepada semua. Ini kerana sekiranya maklumat-maklumat ini dikendalikan dengan baik juga berguna kepada peminjam kerana apabila nama mereka itu, kalaupun ada dalam sistem maklumat itu tetapi bersih namanya, tidak ada black mark, dengan izin maka pinjaman itu barangkali mungkin dapat diproses dengan lebih cepat. Jadi, tidak perlulah lagi bank menanti-nanti ataupun mencari sumber yang lain tetapi kalau kita tidak ada maklumat kredit ini, kalau kita berhentikan segera semua yang ada, barangkali susah juga. Barangkali bank-bank akan memakan masa dan mungkin kita tidak boleh dipersalahkan kerana bank tidak ada satu rujukan yang boleh dibuat untuk memastikan.

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009