Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Koperasi

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 24-04-2007)

12.45 tgh

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Jasin. Yang Berhormat bagi Jasin nampaknya apabila kita membahaskan tentang penubuhan Suruhanjaya Koperasi ini, lebih mirip kepada di mana kita perlu memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk membuat kawalan. Tetapi dalam rang undang-undang yang dibentangkan oleh pihak kementerian, objektif suruhanjaya adalah jelas bahawa penubuhan suruhanjaya sepatutnya merangsang pembangunan koperasi supaya koperasi dapat membantu untuk ke arah pencapaian objektif sosioekonomi negara kita. Saya lihat kita jangan sebut dahulu banyak tentang kawalan.

Kita hendak lihat bagaimanakah suruhanjaya yang akan ditubuhkan itu yang telah dibincangkan sejak tahun lepas. Bagaimanakah suruhanjaya dapat membantu 5,052 buah koperasi yang ada dalam negara kita untuk menyumbang dalam sosioekonomi negara kita. Saya tertarik kepada ucapan awal Yang Berhormat bagi Jasin yang memetik contoh koperasi di Filipina yang membantu ahli-ahlinya menceburi perniagaan di pasaran antarabangsa. Oleh itu saya hendak tanya kepada Yang Berhormat bagi Jasin, apakah kita dapat meminta suruhanjaya yang akan ditubuhkan itu supaya membantu koperasi-koperasi di negara itu mewujudkan satu sistem rangkaian yang mampu memberi peluang kepada koperasi untuk berinteraksi ke seluruh pasaran dunia dan bukan hanya mengehadkan perniagaan koperasi di dalam sesuatu kawasan sahaja ataupun satu komuniti sahaja.

Dengan itu untuk mencapai tujuan itu mungkin saya rasa pihak suruhanjaya kalaulah Yang Berhormat bagi Jasin setuju dengan saya membenarkan atau membantu koperasi-koperasi kita untuk terlibat dalam urusan perniagaan perdagangan elektronik. Apakah pandangan Yang Berhormat bagi Jasin?

 

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kelana Jaya. Itulah sebabnya kita kena balik kepada asas. Apa tujuan hendak mengadakan koperasi? Mengapa orang hendak menubuhkan koperasi? Contoh nelayan. Nelayan banyak berselerak dalam negara kita, kita panggil dia orang menjadi Koperasi Nelayan. Apa tujuan Koperasi Nelayan? Supaya dapat membela nasib dia. Jadi daripada nelayan bertindak satu orang-satu orang kita kumpulkan semua nelayan, wujudkan Koperasi Nelayan. Apabila mereka bersatu, mereka menjadi kuat. Dia boleh belikan peralatan-peralatan dengan lebih banyak.

Apabila lebih banyak dia boleh dapat diskaun. Dia boleh dapat harga yang lebih murah ataupun dia boleh import sendiri. Kalau dia mengatakan dia perlukan jaring, dia boleh import daripada pengeluar itu dan nelayan ini mendapat jaring yang murah. Tetapi malang bagi kita pada hari ini, prinsip awal penubuhan Koperasi Nelayan ini sudah lari. Macam Koperasi Pekebun Kecil, Koperasi Pekebun Kecil untuk menyelesaikan masalah pekebun kecil tentang pemasaran getah ataupun bahan-bahan pemasaran pekebun kecil. Yang Koperasi Pekebun Kecil buat syarikat pelancongan buat apa? Sudah lari. Yang asas hendak menyelesaikan masalah pekebun kecil ini tidak ditumpukan. Ini serupa juga dengan Koperasi Nelayan. Nekmat, lepas itu tubuh pula syarikat pelancongan Nekmat. Berapa banyak... saya tidak tahu nelayan dari Kinabatangan hendak pergi Amerika melancong, hendak pergi Australia, hendak pergi Philiphine sahaja?

Jadi tumpukan. Barulah apabila tumpuan ini dibuat, kita akan menjadi lebih kuat, lebih besar, barulah kita boleh pergi sampai pasaran antarabangsa dan apabila masalah nelayan ini sudah selesai ataupun satu-satu kelompok itu sudah selesai, barulah modal yang lebih itu kita invest di kawasan yang lain yang tidak ada kena-mengena dengan dia. Jadi, yang pokok belum selesai, yang kita kejar yang jauh buat apa. Sila Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Yang Berhormat bagi Jasin tadi Yang Berhormat ada sebut tentang Bank Rakyat. Sedarkah Yang Berhormat di dalam Bank Rakyat sekarang ini ada lebih kurang RM4.65 bilion yang merupakan aset atau kewangan terkumpul oleh koperasi-koperasi disimpan dalam Bank Rakyat untuk diuruskan oleh Bank Rakyat. Maka bukannya koperasi yang uruskan sendiri diserahkan kepada Bank Rakyat. Tambahan pula ada lagi RM280 juta yang disimpan oleh koperasi-koperasi di dalam akaun semasa di pelbagai bank, yang tidak memberikan pulangan yang baik kepada koperasi untuk dipulangkan kepada ahli-ahlinya.

Oleh itu saya nak tanya untuk penjelasan Yang Berhormat bagaimanakah koperasi ini dengan wujudnya suruhanjaya kelak dapat mentadbir uruskan aset dan kewangannya sendiri tanpa melalui agen-agen tertentu untuk mencari balik pulangan, terima kasih.

 

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Ini yang mereka simpan di Bank Rakyat ini bukan menyerahkan begitu sahaja, dia membeli saham Yang Berhormat kerana Bank Rakyat ini koperasi peringkat atas yang mana shareholder dia selain daripada orang-orang individu, ia juga menjemput koperasi-koperasi yang kecil-kecil ini sebagai ahli dia dan hari ini koperasi-koperasi yang menyimpan duit sebagai saham di Bank Rakyat dia dapat pulangan yang lumayan. Yang jadi masalah seperti Yang Berhormat kata tadi banyak koperasi-koperasi dia menyimpan di bank-bank lain dalam dia tidak duduk dalam fixed deposit pun, dia duduk dalam akaun biasa yang tak ada interest .

Ini yang menjadi masalah kepada kita hari ini kerana ramai orang tidak tahu kadang-kadang lembaga pengarah ini dia syok sendiri. Sebagai contoh ada koperasi yang saya tahu yang begitu banyak dia punyai ahli dia mempunyai modal. Tetapi dia takut kerana hari ini diurus tadbir oleh lembaga pengarah sahaja. Kadang-kadang di peringkat kampung seperti Koperasi Pembangunan Daerah yang menjadi lembaga pengarah dia pengerusi JKK, Tok Sidang, Tok Siak, Tok Imam , Tok Bilal menjadi lembaga pengarah ini. Dia pun sudah syok dengan baju yang saya cakap AJK dia tadi, dia pun naik syok.

Tetapi kalau koperasi ini berpandangan jauh Tuan Yang di-Pertua, dia boleh dengan modal yang ada mengapa tidak gajikan orang-orang profesional untuk mentadbir uruskan koperasi ini. Bila dapat orang-orang profesional ini maka perniagaan dia akan bertambah besar, mind dia lebih besar. Tetapi kalau setakat ketua kampung, ketua kampung Kinabatangan, Tok Imam Kinabatangan...

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerana modal macam cakap Yang Berhormat bagi Kelana Jaya tadi, kita sayang kat modal yang banyak itu tidak di utilize dengan izin dengan betul. Jadi kita nak mengharap supaya itu sebab saya katakan tadi kita kena perbesarkan, kita kena perbesarkan Maktab Koperasi ini nak jadikan Universiti Koperasi pun tak apa Tuan Yang di-Pertua. Asalkan kita boleh beri pendedahan sebaik mungkin, seramai mungkin kepada lembaga pengarah, kalau boleh ahli-ahli, supaya minda mereka terbuka.

Ini kita ada modal, modal orang ramai kita kumpul tetapi pengurusan koperasi ini tidak cukup cekap dan dia nak gajikan orang lain pun dia takut. Tetapi kalau koperasi-koperasi ini dengan modal-modal yang ada daripada tersimpan dalam bank tak dapat interest. Tetapi kalau dia dapat menggajikan paling tidak pun anak-anak mereka, anak-anak ahli yang mempunyai kelulusan, yang mempunyai kelulusan profesional yang boleh membawakan lagi koperasi ke arah maju yang lebih luas, mengapa tidak? Tetapi oleh kerana mereka tidak ada pendedahan akhirnya koperasi pun takut, takut duit yang ada dan akhirnya apabila akhir tahun dalam mesyuarat agung nak declare dividen tidak dapat nak declare Tuan Yang di-Pertua.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009