Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Perbahasan usul junjung kasih titah Di-Raja 2007

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

UCAPAN LOH SENG KOK, AHLI PARLIMEN KAWASAN KELANA JAYA (P104) MENYOKONG USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG XIII DI MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, DEWAN RAKYAT, PARLIMEN KESEBELAS, 28-3-2007.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua,

Salam Sejahtera kepada semua.

            Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Di-Pertua kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk membahas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII semasa merasmikan Mesyuarat Dewan Rakyat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen kesebelas di Dewan yang mulia ini.

 

1. Sukatan Bandingan Pendapatan, Penyelarasan Pariti Kuasa Beli (PPP) dengan Pendapatan Isi Rumah

Kita semua bersetuju bahawa Kerajaan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan jurang kekayaan di kalangan rakyat Malaysia bagi mencapai pariti pendapatan, bukan hanya antara kaum, tetapi juga dalam sesuatu kaum agar ianya sejajar dengan titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong,  menegaskan bahawa Kerajaan hendaklah memastikan pembangunan yang meluas dan seimbang, membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di samping menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, termasuklah sektor awam.

Dengan itu, kita perlu meneliti sukatan ketidaksamaan yang digunakan dalam membuat perbandingan.

YAB Perdana Menteri semasa membentangkan RMK9 tahun lepas telah mengemukakan suatu analisa mengenai pendapatan dan kos sara hidup rakyat bagi menunjukkan kemajuan negara kita perihal peningkatan taraf hidup rakyat. Beliau telah menggunakan Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity, PPP).

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita Malaysia bertumbuh pada purata 7.1% mencapai RM18,489 atau USD4,904 pada 2005. Namun, ketika ia diselaraskan dengan kos sara hidup Malaysia, GDP per kapita berdasarkan PPP meningkat dua kali ganda kepada USD10,318 pada tahun 2005. Dengan itu, dari segi PPP yang diselaras dengan GDP per kapita, taraf kehidupan kita adalah kira-kira satu suku daripada taraf hidup Amerika Syarikat dan satu pertiga daripada taraf hidup Jepun.

Mengikut nisbah pendapatan isi rumah, sejak 1990, kaedah sukatan pendapatan isi rumah antara etnik yang kini digunakan menunjukkan ketaksamaan antara Bumiputera dan Cina telah berubah-ubah daripada 1:1.74 sehingga setinggi 1:1.83 pada 1997 semasa krisis kewangan Asia. Sepanjang tempoh pemulihan ekonomi kita antara 2002 dan 2004, perbezaan pendapatan isi rumah telah menurun daripada 1:1.80 ke 1:1.64.

Bagi Bumiputera dan India, ia juga telah menurun daripada 1:1.42 pada 1999 ke 1:1.27 pada 2004. Hampir dalam tempoh yang sama, kejadian kemiskinan juga telah menurun secara konsisten daripada 8.5% pada 1999 sehingga 5.7% pada 2004. Sementara kemiskinan bandar telah meningkat daripada 11.9% ke 14.1% antara 1999 hingga 2004.

Akan tetapi, apa yang menariknya adalah dalam tempoh yang sama antara 1999 dan 2004, Koefisien Gini (Pekali Gini, iaitu indeks mengukur ketidaksamaan) keseluruhannya telah meningkat daripada 0.452 ke 0.462.

Dengan itu, corak pendapatan isi rumah Malaysia boleh diringkaskan seperti berikut;

a) perbezaan pendapatan antara kaum sedang menurun

b) kejadian kemiskinan keseluruhannya juga sedang menurun

c) kejadian kemiskinan bandar lebih jarang di kawasan bandar tetapi ia sedang meningkat

d) Koefisien Gini sedang meningkat

Perangkaan tersebut mempunyai implikasi tentang kebimbangan kita terhadap peningkatan Koefisien Gini, faktor penyebab utama peningkatan Koefisien Gini bukannya kerana perbezaan antara etnik memandangkan ianya telah menurun. Ia semestinya disebabkan peningkatan perbezaan dalaman sesuatu golongan etnik, ketidaksamaan kawasan dan peningkatan kemiskinan bandar.

Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya perbezaan pendapatan isi rumah di kalangan rakyat dikaji semula untuk mendapatkan gambaran yang lebih sempurna dan seimbang terhadap pengagihan kekayaan dalam negara. Selepas 8 rancangan Malaysia 5 tahun, ini adalah kali pertama pendapatan isi rumah digunakan untuk mengukur pariti / persamaan pendapatan di kalangan berbilang kaum, sementara sebelum ini, tumpuannya adalah 30% ekuiti Bumiputera.

Sekiranya dasar persamaan pendapatan telah beralih daripada ekuiti kepada pendapatan isi rumah, seperti yang tersirat dalam Rancangan Malaysia Ke-9, maka ia adalah munasabah untuk rakyat memahami sepenuhnya terhadap prinsip sukatan ketidaksamaan.

Maka, kita sepatutnya menggunakan Purchasing Power Parity (PPP) yang dikenali dan diterima umum di peringkat antarabangsa sebagai metodologi untuk membandingkan taraf kehidupan, yang lebih adil dan sempurna. Walaupun penggunaan kaedah penyelarasan PPP akan mengabaikan faktor kadar pertukaran dalam kes ini, tetapi ia boleh diubahsuaikan dengan mengambil kira kelainan dalam kadar inflasi antara kawasan pedalaman dan bandar, cara hidup, sewa, penggadaian rumah, dan semua ini harus diambil kira apabila membandingkan perbezaan pendapatan isi rumah.

Purchasing Power Parity (PPP) adjusted Household Incomes

Malaysia’s GDP per capita grew at the average 7.1% to reach RM 18,489 or USD4,904 in 2005 ,however, when this was adjusted for Malaysia’s cost of living using Purchasing Power Parity (PPP) our GDP per capita doubled to USD 10,318. Hence, in terms of PPP adjusted GDP per capita we are about one quarter in terms of standard of living compared to the US and one-third that of Japan.

In terms of household income ratio, since 1990 our inter-ethnic the current method of using household income measurement shows that disparities between Bumis and Chinese has been zigzagging from 1: 1.74  to a height of 1:1.83 in 1997 coinciding with the Asian financial crisis.  During the recovery stage of our economy between 2002 and 2004, household income disparities have fallen from 1:1.80 to 1:1.64. 

As for the Bumis and Indians, it has also fallen from 1:1.42 in 1999 to 1:1.27 in 2004. Almost over the same period, the incidence of poverty has also been consistently falling from 8.5% in 1999 to 5.7% in 2004.  Meanwhile, urban poverty has risen from 11.9% to 14.1% between 1999 to 2004.

Interestingly, however, over the same period in between 1999 and 2004, the overall Gini-Coefficient has increased from 0.452 to 0.462.

Malaysia’s household income patterns can be summarized as follows:

a)      inter racial disparities are falling

b)      the overall incidence of poverty is also falling

c)      urban poverty incidence is lower in the urban areas but is on the increase

d)      Gini Coefficient is rising

The above figures have implications about our concerns over the rise in our Gini- Coefficient the prime contributing factor to the rise in Gini Coefficient is not due to inter-ethnic disparities since it has been falling. It must be due to the rise in intra-ethnic disparities, regional disparities and rising urban poverty.

As such, I propose that the income disparities among households be re-looked to give a more complete and balanced picture of overall distribution of wealth in the country. This is the first time over the last 8 Malaysia plans that household income has been targeted for income parity among the races when previously, the focal point has been the 30% Bumi equity target.

If the basis of income parity has shifted from equity to household income, as implied in the 9th Malaysia Plan, then it is only fair that the Rakyat fully understands the basis for the measurement of disparities.

Therefore, I suggest that we use purchasing power parity which is an internationally recognized methodology for comparing standards of living, which is fairer and more complete. Although, the adopting of a PPP-adjusted method will omit the exchange rate factor in this case but it can be adapted to take into account differentials in inflation rates between the rural and urban areas, lifestyles, rentals, mortgages and expenses for education. The largest ticket item in household expenditures is education and mortgages on homes and these must be taken into account when comparing the household disparities.

 

2. Proses Pelaksanaan Untuk Memastikan Pembahagian Kekayaan Yang Seimbang.

Rakyat Malaysia menyokong pihak institusi pentadbiran Kerajaan melaksanakan program untuk membantu golongan tertentu meningkatkan pendapatan mereka, agar mereka dapat mengikuti jejak pembangunan dan kemajuan negara. Akan tetapi, pembahagian kekayaan yang seimbang hendaklah dipastikan dan kena pada tempatnya dalam proses pelaksanaan.

Implementation Process to ensure Balanced Distribution of Wealth

Proses Pelaksanaan Untuk Memastikan Pembahagian Kekayaan Yang Seimbang

It is understood that the distributional strategies will be the re-orientation towards attainting income parity. There will be 5 major areas that will be targeted.

Adalah difahamkan bahawa strategi-strategi pengagihan akan ditentukan semula untuk mencapai persamaan pendapatan. Terdapat 5 bahagian utama yang akan disasarkan, sepertimana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan RMK9 tahun lepas..

First, the eradication of poverty among the disadvantaged groups like the indigenous people. Elderly, poor single parents handicapped and those in destitute like the hardcore poor. Rural poverty will be dealt with using modernization and commercialization of agricultural activities.

Pertama, pembasmian kemiskinan di kalangan kumpulan lemah seperti orang asli. Orang tua, ibu bapa tunggal yang miskin, orang cacat dan mereka yang miskin papa. Kemiskinan kawasan pedalaman diatasi dengan pemodenan dan perdagangan aktiviti-aktiviti pertanian.

Second, income distribution will have the aim to create more prosperous middle income group through human capital development.

Kedua, pengagihan pendapatan bertujuan menghasilkan lebih ramai kumpulan pendapatan sederhana menerusi pembangunan modal insan.

Third, the intensification of employment restructuring to ensure that employment patterns at all levels of occupation and in all sectors reflect the composition of the population.

Ketiga, kesungguhan dalam penyusunan semula pekerjaan untuk memastikan corak pekerjaan pada semua tahap pekerjaan dan semua sektor menggambarkan komposisi populasi.

Fourthly, equity ownership to be targeted to reach 30% by 2020 as well as other types of asset such as through PNB, and the Yayasan Hartanah Bumiputera to name a few.

Keempat, pemilikan ekuiti disasarkan untuk mencapai 30% pada 2020, begitu juga pemilikan asset-aset lain menerusi PNB, Yayasan Hartanah Bumiputera dan sebagainya.

Fifthly, to launch the second phase of the BCIC for more active Bumiputera involvement in the private sector.

Kelima, melancarkan BCIC fasa kedua untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera yang lebih aktif dalam sektor swasta.

It is also understood that all relevant ministries and agencies will be required to ensure that the policies and programmes outlined in each of their areas be closely implemented.

Adalah juga difahamkan bahawa semua menteri dan agensi berkenaan diminta supaya memastikan polisi-polisi dan program-program yang berkaitan dengan bidang mereka dilaksanakan sepenuh mungkinnya.

Meanwhile, in the 9th Plan also assures us that the "growth with distribution" will not mean distribution of existing wealth which is protected by the Federal Constitution but a gradual and incremental distribution of future economic growth..."

Sementara itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-9 juga menjaminkan bahawa “pertumbuhan secara pengagihan” bukan bermaksud pengagihan kekayaan sedia ada yang terlindung oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi pembahagian bakal pertumbuhan ekonomi atau kekayaan baru secara beransuran dan bertambahan.

However, we have some reservations on the above strategies. Firstly, in an integrated and open economy like Malaysia, it is hard to distinguish what is old wealth and what is new wealth that we intend to create. On top of it, Malaysia like so many nations is moving into a knowledge-based and creative-based economy. It is therefore, difficult to determine how knowledge can be carved into various ownerships according to communities.

Namun, masih terdapat keraguan tentang strategi-strategi tersebut. Pertamanya, dalam suatu ekonomi bersepadu, berintegrasi dan terbuka seperti Malaysia, adalah sukar untuk membezakan antara kekayaan lama dan kekayaan baru yang kita bercadang untuk hasilkan. Tambahan pula, macam kebanyakan negara yang lain, Malaysia sedang beralih kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan penciptaan. Maka, adalah sukar untuk menentukan bagaimana pengetahuan boleh diterapkan ke dalam pelbagai pemilikan mengikut komuniti-komuniti.

It is unlike, the old agrarian type economy and to some extend the older manufacturing models, land and factories could be more clearly divided and thus, rewards to the respective productive individual could be more clearly seen and determined. It is crucial to recognize that in the future, it is knowledge that will determine our productivity and in turn, what rewards and wealth we will receive.

Ia adalah berbeza daripada ekonomi jenis pertanian lama, malah model, tanah dan kilang-kilang pembuatan dahulu dapat dibahagi dengan jelas, di mana ganjaran kepada individu / mereka yang produktif dapat dilihat dan ditentukan dengan jelas. Itu ádalah senario lama. Akan tetapi, pada masa akan datang, adalah amat penting untuk dikenalpasti bahawa pengetahuanlah, ilmulah yang menentukan daya pengeluaran dan seterusnya, menentukan ganjaran dan kekayaan yang akan seseorang itu terima.

Therefore, from the perspective of economic process, the above task to redistribute future wealth, placed in the hands of the civil servant would be insurmountable. And it is this blurring of the divisiveness in the new economy that concerns are raised how the distribution strategies may be fairly implemented in such a way that it would not affect the existing wealth of the other groups.

Oleh itu, dari perspektif proses ekonomi, tugas untuk mengagih semula bakal kekayaan tersebut tidak akan dapat dilakukan, jika diserahkan kepada kakitangan awam. Malah, pembahagian dalam ekonomi baru yang kabur ini telah menimbulkan keprihatinan / permasalahan tentang bagaimana strategi pengagihan kekayaan baru seperti ini dapat dilaksanakan secara adil, sementara tidak mempengaruhi kekayaan yang sedia ada dalam kumpulan-kumpulan lain.

When the distribution of wealth is so purposefully and enthusiastically implemented, we can no longer blame the civil service for 'wrongly' implementing the agenda.

Apabila pengagihan kekayaan dilaksanakan dengan penuh bermatlamat dan bersemangat, kita tidak dapat lagi menuduh perkhidmatan awam atas kesilapan melaksanakan agenda.

However, to ensure that the aims and objectives of "growth with distribution" are achieved while guaranteeing that the process will not be prejudiced against other groups, it is strongly recommended that;

Namun, untuk memastikan tujuan-tujuan dan objektif-objektif “pertumbuhan secara pengagihan” tercapai sementara menjamin proses itu tidak akan merugi dan mengabaikan mana-mana kumpulan, maka dicadangkan supaya;

a) the monitoring and implementation committee set up under the chairmanship of the Prime Minister, must include a multi-party and multi racial team so that this effort may be seen as a BN-driven agenda and a national objective.

a) ahli jawatankuasa pengawasan, pemantauan dan pelaksanaan ditubuh dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri mestilah melibatkan pelbagai parti dan kaum supaya usaha ini dilihat sebagai agenda gerakan Kerajaan BN dan objektif kebangsaan.

b) a substantive and proactive programme must be launched immediately, to ensure the recruitment of more non-Bumiputcras into the civil service including a transparent recruitment and interview processes.

There must also be an immediate assessment on the performance of all staff (teaching and non-teaching staff) to effect more promotions and opportunities for capacity building for non-Bumis.

b) suatu program yang tetap, berinisiatif dan proaktif mesti dilancarkan segera untuk memastikan pengambilan lebih ramai bukan Bumiputera ke dalam perkhidmatan awam termasuk proses pengambilan dan temu duga yang telus. Penilaian segera terhadap semua pegawai (pegawai pengajaran dan bukan pengajaran) untuk membolehkan lebih banyak kenaikan pangkat dan peluang demi membina daya kemampuan bagi bukan Bumiputera dalam sektor awam.

c) Pusat Giat Mara programmes be offered to school leavers from low-income households like those in the rural estates, New Villages and Kampung Tradisi regardless of race, and not just for Bumiputera students only.

c) Program-program seperti Pusat Giat Mara dan lain-lain ditawarkan kepada lepasan sekolah yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah seperti mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, Kampung Baru dan Kampung Tradisi tanpa mengira kaum, tetapi bukan hanya untuk pelajar-pelajar Bumiputera sahaja.

 

3. Penamaan & Pemberian Taraf kepada Kawasan Perumahan & Pemajuan

Terdapat beberapa nama atau gelaran diberikan kepada kawasan perumahan atau pemajuan seperti:

Taman / Bandar puteri

Taman / Bandar putera

Taman / Bandar Puchong / Pusat Bandar Puchong / Damansara

Taman / Bandar Kinrara

Taman / Bandar Bukit Tinggi

Taman / Desa Ria;      Taman / Desa Mentari;     Taman / Desa Petaling

Banyak persoalan yang timbul:

1)     Apakah perbezaan di antara “Taman”, “Bandar”, “Pusat Bandar” & “Desa”?

2)     Apakah kelebihannya, kelayakan, kriteria, ciri-ciri, sifat yang digunakan untuk menentukan sesebuah kawasan pemajuan diberi nama Taman / bandar / desa / pusat bandar.

3)     Dari segi kemudahan sosial, apakah yang mesti disediakan oleh sesebuah kawasan pemajuan yang diberi taraf atau gelaran “Taman” atau “Bandar”? Contohnya: dewan, padang bola sepak, dan lain-lain kemudahan rekreasi?

4)     Kebanyakan padang permainan yang disediakan oleh pemaju-pemaju adalah tidak sempurna di mana penyalirannya berada dalam keadaan teruk serta berbatu-batan dan berumpun. Undang-undang perlu diperketatkan dalam hal ini kerana bebannya tidak patut dipindahkan kepada pihak berkuasa tempatan / penduduk.

5)     Adakah rumah-rumah di “Taman” dikenakan cukai pintu yang kurang daripada “Bandar”. Bagaimanakah kutipan-kutipan ini disalur dan dipindahkan kepada pembinaan kemudahan-kemudahan untuk rakyat supaya integrasi kaum dapat ditingkatkan?

6)     Mengapakah tiadanya kemudahan-kemudahan asas seperti padang bola sepak, tapak permainan kanak-kanak yang sempurna dan dewan di mana rakyat boleh berintegrasi dan mewujudkan suatu suasana kehidupan yang harmoni?

Tanggungjawab siapakah untuk memastikan keperluan-keperluan asas tersebut ditemui / ditepati sebelum ditauliahkan status sebuah “Bandar” atau “Taman” dan diserahkan kepada PBT?

Maka, adalah tanggungjawab pemaju-pemaju juga untuk menyediakan keperluan-keperluan dan kemudahan-kemudahan asas sedemikian dalam sesebuah “Bandar” untuk pembentukan integrasi nasional dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

PBT juga tidak boleh dilepaskan tanggungjawabnya. Sebelum mengambilalih kawasan pemajuan, PBT hendaklah memastikan kesemua prasarana dan kemudahan awam telah disempurnakan dengan sepenuhnya.

 

4. Dasar Penswastaan Haruslah Dikaji Semula

Kita memahami bahawa Kerajaan amat prihatin tentang kesulitan dan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga tol lebuhraya-lebuhraya  dalam negara; Menyedari hakikat bahawa wujudnya keraguan dan kekeliruan tentang isi kandungan, terma dan syarat dalam perjanjian konsesi lebuhraya bertol; di samping hak pengguna untuk mengetahui justifikasi sebenar kenaikan harga tol;

Dewan ini mengambil maklum akan usaha YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan institusi pentadbiran Kerajaan yang telus, berintegriti dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi;

Kita tahu bahawa Jemaah Menteri mengadakan perbincangan mengenai status perjanjian konsesi lebuhraya bertol. Kita akan sokong keputusan pemimpin jika Jemaah Menteri bersetuju institusi pentadbiran Kerajaan menghapuskan keraguan dan kekeliruan rakyat dengan mengubah status (declassify) dokumen perjanjian konsesi lebuhraya bertol, membolehkannya diteliti umum dan sekiranya perlu, terma dan syarat perjanjian dikaji semula.”

Dalam pada itu, dasar penswastaan dan rancangan-rancangan penswastaan yang sedang dan akan dijalankan perlulah dikaji semula untuk memastikan bahawa wujudnya ketelusan yang sepenuhnya dalam proses perbincangan sehinggalah ke tahap pelaksanaan. Sesetengah projek penswastaan yang dilangsungkan dalam negara kita dimulakan tanpa ketelusan yang sepenuhnya dan ini telah menyebabkan spekulasi dan tuduhan yang sebenarnya boleh dielakkan. Misalannya, penswastaan projek lebuhraya mempelawa publisiti yang kurang positif dan rakyat kita tertanya-tanya sama ada terma-terma dan syarat-syarat yang memihak kepada syarikat swasta telah dipersetujui oleh pihak Kerajaan tanpa penelitian dan perbincangan yang terperinci.

Oleh yang demikian, untuk memastikan ketelusan dan juga meningkatkan kepercayaan rakyat ke atas projek penswastaan, usaha haruslah dicurahkan oleh pihak Kerajaan supaya badan-badan NGO dan orang-orang awam dijemput mengambil bahagian (public participation) di peringkat yang tertentu dan berkenaan. Identiti dan latar belakang syarikat swasta yang berkenaan haruslah juga diberikan kepada orang ramai untuk mengelakkan spekulasi atau tuduhan yang menyatakan ahli-ahli politik negara yang terlibat secara persendirian untuk mencari keuntungan.    

 

5. The Purchase of RHB by EPF

About two weeks ago, EPF proposed to buy all the shares, loans stock and warrants of RHB from Utama Banking Group (UBG), involving a cash offer of RM 2.2 billion. The buyout would mean that EPF would have total control of RHB.

The immediate reaction of the public were; a) was that it a prudent move for a pension fund, as custodian for about 11.4 million members of which 5.5 million are active contributors, to take over a bank, b) is EPF capable of running a bank of which it has no past experience?

Since the establishment of EPF since 1951 its objectives was to offer a stable, pension fund our workers to ensure a portion of their savings protected after retirement. EPF is legally required to invest 70% of its assets in government backed securities and its fiduciary role was to manage the funds in a prudent manner.

As the economic landscape and the national policies change in the late 1980s’, EPF participated actively in the aggressive privatization exercise embarked by the government. This marked the beginning of equity investments by the Fund. However, even during the 1990s, only about 2% of EPF’s portfolio was invested in equities market. Since 1997/8, EPF took a more aggressive role in the equities market. This was in part due to the need for political expediency to rescue large companies of national interest.

Hence, by December 2005, equities made up 19% of the portfolio still within the limits legally allowed.

However, there are several issues that need to be addressed in the takeover of RHB by EPF.

a. EPF has not breached it legal boundaries by exceeding in its investment in non government assets. 

b. The economic landscape in Malaysia has once again changed and this requires in different investment strategy by EPF, from when it was set up in 1951. There are benefits in taking some long term yielding strategies and investments in equities could be one of them.

However, I agree that we should not compromise prudence and our fiduciary responsibility to the contributors, in order to obtain simply because we wanted to better our returns.

Therefore, I urge the government to look into the management of RHB in the following manner;

a. To recognize that EPF does not have the expertise to run a bank hence, to ensure the appointment of professional bankers who are competent and able. This is the only way to ensure that the risks are outweighed by the returns.

b. To recognize that the risks of not being able to succeed in the venture and the criticisms it would draw from the public over the takeover. Therefore, this move should not be taken as a precedent to takeover other companies so as not to deviate from its role as a provident fund. This should be taken as an exceptional case.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009