Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Motions (21 Aug - 13 Dec 2006)

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

USUL dicadangkan oleh LOH SENG KOK, AHLI DEWAN RAKYAT KAWASAN KELANA JAYA sempena MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KE-11, TAHUN 2006 (21 Ogos 2006 - 13 Disember 2006)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1)      Loh Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-

“Menyedari hakikat bahawa wujudnya kekeliruan tentang cadangan membina pusat latihan Sukan Prestasi Tinggi di London yang dijangka akan menelan berjuta-juta ringgit yang melibatkan wang pembayar cukai;

Dan menyedari hakikat bahawa sekolah di negara kita menjadi gedung yang terdekat, mudah dan berkesan, mengumpulkan anak-anak muda untuk menjalankan latihan sukan tetapi masih kekurangan kemudahan padang, dewan serbaguna dan peralatan yang sesuai untuk latihan sukan;

Maka dengan ini Dewan ini membuat ketetapan menangguhkan cadangan membina pusat latihan sukan di London dan bajet yang akan dicadangkan untuk pembinaan prasarana sukan di luar negeri itu digunakan untuk membina seberapa banyak padang dan dewan serbaguna sekolah dalam negara kita untuk tujuan pembangunan sukan menerusi sekolah-sekolah bagi merealisasikan tahap kegemilangan sukan negara dalam jagka masa panjang.”

 

2)      Loh Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menyedari suatu pelan tindakan pragmatik untuk menggalak, memupuk persefahaman dan hubungan harmoni yang lebih erat di kalangan rakyat berbilang kaum perlu bermula dari sektor awam;

Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan mengkaji semula kaedah dan sistem pengambilan kakitangan perkhidmatan awam supaya komposisi kaum di kalangan kakitangan Kerajaan mencerminkan komposisi kaum di negara ini dan sasaran pengambilan adalah juga untuk menggalakkan integrasi nasional di setiap agensi Kerajaan.”

 

3)      Loh Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menyedari akan kewujudan SJK(Tamil) Ladang Seaport, Selangor sejak tahun 1950an yang telah memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak muda;

Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas sekolah berkenaan yang masih terletak di atas tapak sementara, Jalan SS7/4, Kelana Jaya. Walaupun dikelilingi oleh bangunan rumah banglo mewah, sekolah berkenaan kini dalam keadaan daif dan serba kekurangan;

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan kegagalan pihak-pihak berkaitan melaksanakan perjanjian untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan di tapak tetap, Kampong Lindungan, PJS 6, Petaling Jaya;

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar agensi-agensi Kerajaan berkaitan dan pihak-pihak bertanggungjawab digesa mengambil tindakan segera memulakan pembinaan sekolah tersebut  secepat mungkin.”

 

4)      Loh Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan membuat perancangan segera untuk mempertingkatkan kesepaduan sistem pengangkutan awam dan memperkembangkan jajaran perkhidmatan LRT/ERL ke kawasan pertumbuhan pesat dalam usaha mengurangkan kesesakan di kawasan terlibat, termasuk kawasan Puchong, Bandar Sunway, USJ dan Subang Jaya.”

 

5)      Loh Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil iktibar tentang perlunya Pihak Berkuasa Tempatan mengambil alih tapak kawasan lapang untuk kegunaan rekreasi awam selepas sesuatu pemajuan perumahan disempurnakan;

Dan menyedari hakikat bahawa masih terdapat kawasan lapang yang belum diambil alih oleh Pihak Berkuasa Tempatan;

Maka dengan itu Dewan ini mengambil ketetapan menggesa Kerajaan meneliti dan menyiasat bagaimana tapak Taman Subang Ria, Lot 17394, Mukim Damansara diberi hakmilik kepada pemaju.”

 

6)       Loh Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini melahirkan rasa penuh keyakinan dan pengiktirafan ke atas prestasi baik yang ditunjukkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), iaitu satu jabatan yang telah ditubuhkan untuk mengurus hal ehwal agama Islam, sebagai agama persekutuan, sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan, menangani pelbagai masalah dan cabaran memajukan agama Islam di negara kita, termasuklah menangani ajaran sesat dan soal-soal akidah yang berkaitan;

Bahawa Dewan ini menyedari hakikat bahawa agama-agama yang dianuti oleh kira-kira 40% rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga menghadapi pelbagai cabaran yang bersangkut-paut dengan pemupukan akidah serta mengerjakan ibadat agama mereka;

Bahawa Dewan ini menerima baik pembelaan Kerajaan terhadap kebajikan kerohanian rakyat tanpa mengira kepercayaan dan agama, dan menerima hakikat bahawa kerohanian rakyat semakin tercabar dengan ledakan teknologi maklumat yang terlalu meluap-luap, di samping kewujudan anasir-anasir yang menjatuhkan moral dan akhlak rakyat;

Bahawa Dewan ini menyahut dan menyokong seruan YAB Dato’ Seri Perdana Menteri, bersama-sama membela rakyat dan membina rakyat Malaysia demi memantapkan usaha pembangunan modal insan negara kita;

Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi agar sebuah agensi Kerajaan ditubuhkan untuk mengurus hal ehwal agama-agama lain di negara kita.”

 

7)      Loh Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas kekeliruan sesetengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum di atas kewujudan peraturan yang menghindar penganut agama tertentu menggunakan perkataan seperti Allah, Iman, Wahyu, Rasul, Al-kitab, Doa, Nabi, Injil, Firman, Syukur, Imam dan sebagainya;

Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi meminta Kerajaan menghapuskan kekeliruan tersebut sekaligus mempastikan kebebasan beragama terus terpelihara.”

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009