Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

PERBAHASAN BAJET 2005 OLEH YB LOH SENG KOK, AHLI DEWAN RAKYAT KAWASAN KELANA JAYA PADA 16(Khamis) & 20(Isnin) SEPTEMBER 2004

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

A. Komen mengenai Cukai ke atas Rokok dan Minuman Keras

Kerajaan mencadangkan struktur duti import dan duti eksais ke atas rokok dan minuman keras dikaji semula demi menggalakkan gaya hidup yang sihat, seperti berikut:

i. duti eksais ke atas rokok dinaikkan daripada RM58 kepada RM81 per 1,000 batang; dan

ii. duti eksais ke atas minuman keras dinaikkan daripada di antara 5 sen dan RM23.40 kepada  antara 10 sen dan RM28 per liter.

Bagi golongan pengguna tertentu, walaupun harga rokok atau minuman keras itu meningkat, mereka masih akan membelanja dalam rokok atau minuman keras untuk menggambarkan mereka lebih berkelas, standard, lebih up-to-date.

Sepatutnya, Kerajaan perlu mengadakan suatu peraturan di mana pembeli rokok dan minuman keras mesti melebihi umur 18 tahun, dan dasar ini perlu dikuatkuasakan secara tegas.

-         eg: di USA, semua pengguna MESTI menunjukkan kad pengenalan mereka untuk membeli rokok dan minuman keras

-         penguatkuasaan mesti ketat dan tegas untuk mengurangkan penggunaan rokok dan arak di kalangan remaja

Di samping itu, Kerajaan boleh mengenakan cukai tambahan kebajikan sosial (additional social welfare tax) ke atas pengeluar rokok dan minuman keras.

-         semua pengeluar rokok dan minuman keras (tersenarai pada KLSE) memperolehi keuntungan yang banyak setiap tahun walaupun cukai kian meningkat; pengeluar harus juga dipertanggungjawabkan untuk menyumbang kepada kempen-kempen yang diadakan oleh kementerian berkaitan dengan perkara-perkara kesihatan.

-         oleh itu, cukai tambahan kebajikan sosial itu boleh digunakan sebagai tabung untuk mengadakan Kempen Kesedaran Kesihatan

Kerajaan telah melancarkan kempen anti rokok, iaitu “Tak Nak”, apakah Kerajaan juga harus menggalakkan rakyat jangan minum minuman keras demi kesihatan,  dengan melancarkan kempen anti arak

  

B. Komen mengenai Rebat Cukai untuk Pembelian Komputer Peribadi: RM 400 hingga RM500

Kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk meluaskan penggunaan ICT. Dalam era perkembangan pesat ICT ini, usaha untuk memastikan setiap keluarga mendapat manfaat daripada ICT haruslah diperkuatkan. Dengan itu, Kerajaan telah mencadangkan rebat cukai yang diberi kepada pembayar cukai untuk pembelian komputer peribadi dinaikkan dari RM400 kepada RM500.

Pandangan saya ialah rebat cukai untuk pembelian komputer peribadi harus dinaikkan kepada  sekurang-kurangnya RM1,000.00. sebab

-         Satu set komputer biasa dengan perisian komputer asas (berlesen) berharga melebihi RM3,000. RM 500 tidaklah cukup pun untuk membeli perisian window (kosnya RM550).

-         Jika Kerajaan memang berhasrat untuk menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kualiti hidup, kita mesti memberi galakan dan sokongan secukupnya.

-         Dengan cara inilah setiap rakyat negara dengan adanya komputer sendiri dapat  memperoleh pengetahuan ICT pada masa hadapan demi menyumbang kepada ekonomi negara.

 

C. Merancakkan Sektor Pelancongan

Untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kesenian dan kebudayaan antarabangsa, Kerajaan mencadangkan persembahan kesenian dan kebudayaan oleh penggiat seni tempatan yang diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai hiburan dengan syarat persembahan itu adalah diluluskan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. YAB Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri telah menyeru supaya semua kerajaan negeri mengambil langkah seperti itu, khususnya negeri Kelantan.

Cadangan: Pengecualian duti hiburan juga harus diberi kepada persembahan hiburan oleh artis asing tertentu patut dipertimbangkan.

-         Untuk meningkatkan bilangan pelancong melawat ke Malaysia, seniman antarabangsa akan membantu dalam menarik peminat dan penyokong mereka. Malaysia juga akan terkenal sekiranya terdapat seniman-seniman antarabangsa terkenal mengadakan pertunjukan di negara kita.

-         Menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi. Contohnya Stadium Bukit Jalil tidak digunakan setiap masa, pertunjukan seperti ini akan menambahkan hasil untuk stadium, restoran, hotel dan sebagainya.

-         Industri hiburan dan kebudayaan tempatan secara tidak langsungnya dapat belajar daripada penggiat seni asing yang berjaya dan seterusnya meningkatkan taraf dan tahap persembahan penggiat seni tempatan

 

Tuan Yang DiPertua,

Pada hari khamis (16/9/2004) yang lepas, YB Bera telah menyentuh berkenaan dengan perlunya penyelenggaraan stadium untuk aktiviti sukan di samping dibuka untuk persembahan pentas. Ingin saya tegaskan di sini bahawa stadium harus digunakan secara optimum, ini bermaksud badan yang mengurus, mengawalselia dan menyelenggarakan kegunaan stadium hendaklah senantisa berusaha memastikan “produktiviti” stadium atau “Return on Investment” atas kos pembinaan stadium itu adalah maksima.

YB Bera juga bertanyakan apakah negara kita tidak ada kemudahan kebudayaan dan kesenian yang mencukupi selain daripada kompleks MATIC. Sememangnya, dalam negara kita , persembahan dan pertunjukan pentas boleh diadakan di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, Kompleks Sukan Bukit Kiara dan stadium-stadium lain, termasuklah Dataran Merdeka. Di samping itu, prasarana lain yang ada termasuklah Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Dewan Pilharmonik Petronas dan sebagainya. Sungguhpun begitu, usaha Kerajaan perlu dipertingkatkan lagi bagi mempelbagaikan prasarana budaya dan seni sebagai salah satu langkah menarik lebih ramai pelancong.

 

 

D. Layanan Cukai ke atas Pembangunan dan Pelaburan Harta Tanah

Buat masa ini, Cukai Keuntugan Pelupusan Harta Tanah adalah 30% untuk harta kurang daripada 3 tahun, 25% untuk harta antara 3 hingga 5 tahun, tiada cukai untuk harta 5 tahun ke atas.

Adalah dicadangkan bahawa Cukai Keuntungan ke atas pelupusan hartanah dapat diturunkan sehingga kepada 10% (Singapore pada 9%)

Sebab-sebab:

-         Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti jualan dan pembelian harta,

-         Untuk menggalakkan pelaburan dalam harta tanah oleh pelabur asing

-         Tidak harus mengenakan cukai kerana ini merupakan pulangan pelaburan, tidak semestinya mendapat keuntungan dan juga melibatkan risiko jikalau projek terbengkalai

Sehubungan dengan pembangunan hartanah juga,  Pengeluaran dari akaun EPF kedua untuk membeli suatu rumah pada masa kini adalah 30%.

Cadangan: Harus dinaikkan sehingga setinggi 90% (Singapore pada 90%, USA pada 80%)

Sebab-sebab:

-         Untuk menggalakkan rakyat membeli rumah dengan peruntukan EPF dan kurangkan amaun pinjaman serta pembayaran faedah pinjaman yang tinggi secara berterusan

-         Untuk menggalakkan aktiviti pasaran harta dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain

-         Harta merupakan aset tetap, tidak perlu menunggu hingga umur 55 tahun

 

E.  Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Sejak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan, ia mendapat sambutan dan juga kritikan.

Sehingga sekarang, masih ada rungutan mengenai pembayaran yang masih tidak dibuat kepada mereka yang telah merekabentuk dan membuahkan modul-modul latihan PLKN.  Saya difahamkan, pihak atau badan yang menghasil dan membangunkan Modul Pembinaan Karaktor dan Modul Latihan Fizikal PLKN telah menerima bayaran beratus-ratus ribu ringgit atau lebih. Manakala bagi mereka yang telah bertungkus-lumus menggubal dan  menghasilkan Modul Khidmat Komuniti, mengendalikan Latihan Untuk Jurulatih (Training of Trainers, TOT), masih belum menerima bayaran yang setimbal dengan penglibatan, pengorbanan serta perundingan professional yang telah dibuat sehingga selesainya program TOT dan PLKN yang pertama.

Hasrat kerajaan melancarkan PLKN adalah memupuk semangat cinta kepada negara dan perpaduan di kalangan rakyat, melahirkan golongan masyarakat yang berdisiplin, berkeyakinan diri khasnya golongan remaja yang berada di bangku sekolah atau telah bekerja di masyarakat. Insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku seperti kes pergaduhan, disiplin para peserta, kes curi, kes rogol merupakan kejadian yang dapat dicegah dan dielakkan, jikalau langkah-langkah keselamatan dan mutu para pengajar, jurulatih atau fasilitator diberi perhatian yang tegas. Insiden-insiden yang negatif ini tidak sepatutnya menghalang hasrat murni kerajaan untuk secara berterusan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara.

‘Yang baik kita membelajari,yang buruk kita menghindari’, Negara jiran kita (Singapura) semasa pemulaannya melaksanakan ‘national service’ mewajibkan peserta memakai unifom tentera dan tinggal di kem-kem askar, ada juga kes-kes seperti kehilangan peserta, kemalangan, mahupun kehilangan nyawa tidak pernah menghalang hasrat kerajaan tersebut menghentikan program Perkhidmatan Kebangsaannya. Memang betul hasrat kerajaan kita mempunyai objektif yang berlainan daripada negara jiran kita. PLKN kita adalah lebih kepada kemanusiaan, kemasyarakatan dan bukan kepada ketenteraan. Walaupun terdapat komen-komen atau kritikan namun program ini adalah baik, saya menyambut baik Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula PLKN ini dengan lebih bersistematik dan berfaedah kepada para peserta.

 

F. Mencadangkan Pengembangan Latihan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

PLKN hanyalah salah satu usaha Kerajaan untuk membangunkan suatu generasi muda yang patriotik, bersemangat waja, berdisiplin, berkeyakinan diri, bersatupadu dan mempunyai semangat berpasukan di kalangan muda yang berbilang kaum.

Akan tetapi, jumlah remaja yang terpilih hanyalah 85,000 orang daripada kumpulan remaja sebaya yang berjumlah seramai 450,000 orang. Bagaimana pula dengan kebanyakan remaja lain yang seumur seramai 360,000 orang? Apa program untuk mereka yang tidak terpilih?

Bagi yang terpilih, selepas menyertai latihan PLKN, ada yang melanjutkan pengajiannya di IPT. Bagi mereka yang berminat untuk meneruskan latihan selepas memakai baju celoreng PLKN, bagi mereka yang mindanya terbuka dan dirangsang semasa PLKN dan ingin melanjutkan penceburan dalam program berkhidmat untuk negara yang lebih spesifik, khusus dan mencabar, mereka berpeluang menyertai program PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) sekiranya mereka diterima masuk ke IPTA.

Bagi mereka yang masuk ke IPTS pula, semangatnya sedang menyemarak dan berkobar-kobar selepas PLKN, malangnya there is no continuity for them, tiada kesinambungan latihan untuk mereka meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mempertahankan negara dari segi penyediaan pergerakan, persediaan mental dan fizikal.

PLKN seharusnya dikembangkan dengan bentuk modus operandi PALAPES di IPT. Para pelajar di IPTS pula harus diberi perhatian dan peluang untuk melibatkan diri dalam program-program khidmat negara seperti PALAPES yang diusahakan oleh Kerajaan. Adalah relevan, rasional dan tiba masanya untuk Kerajaan mengembangkan Program PALAPES atau Kor Kadet Polis ini ke IPTS tempatan.

Menurut statistik Jabatan Pengajian Swasta, pada tahun 2001 sahaja, pelajar yang belajar di IPTS telah mencapai seramai 270,904 orang. Ini dapat membuktikan bahawa permintaan untuk program PALAPES di IPTS adalah berasas dan patut dilaksanakan secepat mungkin oleh Kerajaan.

Bidang Kursus

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

Program Asas

13,897

13,948

17,200

18,488

20,692

20,035

19,480

Pertanian

tm

tm

tm

tm

5

51

63

Seni, Seni Rekaan & MUzik

3,500

3,752

3,133

4,396

5,958

6,185

3,475

Perniagaan & Pentadbiran

44,107

50,100

41,702

44,430

55,496

69,707

79,538

Pendidikan

150

300

514

1,335

5,431

2,166

1,493

Komputer & Teknologi Maklumat

23,585

23,671

33,555

37,787

60,298

66,063

91,235

Kejuruteraan & Kemahiran Teknikal

10,429

24,579

27,557

33,566

31,711

37,843

36,426

Kesihatan dan Kebajikan

tm

tm

tm

tm

182

348

215

Udara & Maritim

tm

tm

tm

tm

5,813

2,813

327

Kemanusiaan

3,301

2,098

2,650

6,800

6,637

3,826

4,719

Undang-Undang

200

300

725

770

595

806

2,3585

Pembuatan dan Pembinaan

800

1,200

4,263

4,500

8,351

5,319

4,095

Perubatan

154

268

2,526

1,671

714

1,996

3,604

Sains & Matematik

120

165

178

226

352

970

730

Perkhidmatan

11,094

5,674

7,655

14,520

3,607

4,989

5,931

Sains Sosial

tm

tm

tm

tm

5314

3982

2581

Bahasa

tm

tm

tm

tm

1708

3668

9634

Lain-lain

16258

7144

2145

tm

2714

1302

tm

Jumlah

127,596

133,199

143,803

168,489

215,594

232,069

270,904

 

 

 

Sumber: laman web Jabatan Pengajian Swasta, September 2004

Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan agar harus mengagihkan peruntukan operasi Kementerian Pertahanan bagi pelaksanaan program PALAPES di IPTS supaya adanya kesinambungan program khidmat negara di kalangan golongan muda.

Tujuan dan matlamat penubuhan PALAPES ialah untuk memberi latihan serta menanamkan semangat disiplin dan kepimpinan kepada mahasiswa/mahasiswi. Kini, hanya di IPTA sahaja mempunyai PALAPES, semenjak 1980 sehingga Ogos 2004, seramai 11,793 orang Kadet PALAPES telah ditauliahkan dan dimasukkan dalam Senarai Simpanan Pegawai Sukarela (SSPS).  Jumlah perbelanjaan operasi (OE) PALAPES di 11 IPTA ialah RM38.5 juta setahun.

Di antara tahun 2001 ke 2004, Kementerian Pertahanan mendapat peruntukan mengurus dan pembangunan di dalam lingkungan RM8.5 billion hingga RM11 billion satu tahun. Ini termasuk peruntukan untuk membeli kelengkapan angkatan tentera dan peralatan senjata api yang canggih dan terkini, akan tetapi negara Malaysia yang selama ini aman damai dan dasar Kerajaan kita adalah zon pengecualian senjata di Asia Tenggara. Adalah munasabah untuk kita membeli kelengkapan ketenteraan untuk setakat bertujuan mempertahankan negara tetapi bukannya persaingan senjata api di kalangan negara-negara jiran kita.

Rakyat secara keseluruhan dan golongan muda secara khususnya merupakan aset tidak ternilai negara. Dengan itu, pembangunan sumber manusia melalui PALAPES perlu diperkembangkan bukan sahaja di IPTA, malahan juga di IPTS.

 

G.  Pengiktirafan Peranan NGO Memerangi Masalah Dadah.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), sepanjang tahun 2003, terdapat 20194 orang penagih baru, manakala bilangan penagih berulang ialah seramai 16802 orang. Ini bermakna, daripada keseluruhan kes penagihan dadah pada tahun lepas, 45.42% ialah penagih yang telah berhenti mengambil dadah sebelum ini tetapi kembali menagih.

Lebih-lebih lagi yang membimbangkan, kajian turut mendapati lebih 70-80% penagih dadah dibebaskan kembali menagih sedangkan mereka sudah melalui proses pemulihan!!! Malah kebanyakan penagih dadah adalah berasal daripada pusat serenti!!

Perkembangan itu memperlihatkan kelemahan serta kegagalan rawatan termasuk modul pemulihan pusat serenti yang ada bagi membimbing mareka kembali ke pangkal jalan.

Walaupun terdapat banyak masalah dalam pusat pemulihan serenti, namun seperkara yang telah lama kerajaan abaikan adalah sokongan kepada pusat pemulihan NGO oleh pihak Kerajaan khasnya dari segi kewangan.

Mengikut kajian, hampir kesemua pusat pemulihan NGO tidak mendapat sebarang sokongan daripada kerajaan khasnya dari segi kewangan. Maka pusat pemulihan NGO tersebut memang sering menghadapi masalah kekurangan kewangan untuk menjalankan kerja rawatan dan pemulihan penagih. Di sini juga jelaslah bahawa ruang pusat pemulihan NGO agak berhad kerana tiada dana yang mencukupi. Tiap-tiap tahun memanglah pusat-pusat tersebut dapat dermaan daripada pelbagai pihak kecuali pihak Kerajaan. Jika Kerajaan boleh memberi sokongan kewangan kepada pihak pusat pemulihan NGO, maka kerja rawatan dan pemulihan penagih dadah yang dijalankan itu akan lebih berhasil..

Dadah merupakan musuh nombor satu, di sinilah melibatkan masalah emosi, keadaan persekitaran, keluarga, sahabat-handai, dan banyak sebab yang kami sudah ketahui, maka sekarang bukan nak mengetahui sebab-sebab tersebut tetapi hendaklah menangani masalah tersebut. Masalah fizikal penagih dadah boleh diselesaikan dari ubat-ubatan tetapi masalah emosi dan mental hendak diselesaikan oleh pembimbing.

Di sini yang hendak dikemukakan adalah pembimbing pusat pemulihan penagih dadah memainkan peranan yang sangat penting.Daripada hujah dahulu sudah mengemukakan cara-cara rawatan pusat pemulihan swasta memang berkesan. Bertamgah lagi, pembimbing pusat pemulihan swasta juga mempunyai sifat-sifat bersayangan. Bersayangan bukan sahaja bermaksud kasih sayang tetapi juga pembimbing-pembing tersebut juga merupakan orang yang bersifat pemotiwasi, tiada sempadan antara penagih dadah, hormat-menghormati balas daripada penagih dadah. Di sini jelaslah nampak bagaimana pusat pemulihan swasta berjaya menangani masalah-masalah fizikal, mental dan emosi penagih dadah.

Sebenarnya satu perbandingan yang lebih jelas adalah bilangan pembimbing . Mengikut kajian, nisbah pembimbing kepada penagih dadah dalam pusat pemulihan serenti adalah 1:100 kepada 1:200, manakala dalam pusat pemulihan swasta, nisbahnya adalah 1:5 hingga 1:20. Perbezaan yang begitu ketara! Kajian ini sudah menunjukkan salah satu masalah pusat pemulihan serenti yang sedang hadapi. Memanglah masih jelaslah ingat beberapa kes disiplin penagih dadah di pusat pemulihan serenti kebelakangan ini. Betulke penagih-penagih dadah tersebut berdisiplin teruk? Penagih-penagih tersebut juga merupakan manusia yang tahu berfikir. Sekarang cara-cara yang boleh bantu mereka adalah bukan dari segi ubat-ubatan sahaja tetapi juga pembimbing-pembimbing yang cukup dan bersayangan!!

 

Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Friday, May 22, 2009