Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Motions (17 May - 14 Jun 2004)

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

USUL dicadangkan oleh LOH SENG KOK, AHLI DEWAN RAKYAT KAWASAN KELANA JAYA sempena MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KE-11, TAHUN 2004 (17/05-14/06)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahawa Dewan ini melahirkan rasa kesal terhadap kelemahan-kelemahan logistik, kejadian-kejadian negatif, kes-kes jenayah dan kesalahan yang melibatkan pelatih, jurulatih dan staf, yang berlaku semasa pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijalankan mengikut peruntukan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) sepertimana yang diluluskan oleh Dewan ini.

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa teras PLKN antaranya adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, membina perwatakan positif generasi muda, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan kejadian-kejadian di atas yang mencemarkan objektif-objektif murni PLKN dan menjejaskan reputasi Majlis Latihan Khidmat Negara sebagai sebuah badan yang dikehendaki melaksanakan fungsi yang diberikan oleh atau di bawah Akta 628 dan hendaklah menasihati Menteri Pertahanan tentang segala perkara yang berhubungan dengan latihan khidmat negara, yang mana keanggotaan Majlis adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan serta merta untuk mengkaji semula segala modul operandi PLKN supaya PLKN dapat diteruskan dengan prinsip-prinsip murninya ditegakkan.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009