Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pembayaran Guru Sandaran

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 06-12-2007)

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ada sekolah-sekolah tertentu di mana bilangan pelajar adalah sangat tinggi dan sekolah tersebut juga memberi beberapa pintu keluar masuk untuk pelajar. Maka ada guru-guru dikehendaki untuk bergilir-gilir menjadi traffic warden seperti di kawasan saya dan ada juga sekolah-sekolah di mana kerana kekurangan guru, maka sekolah itu mengambil guru sandaran tapi bayaran elaun dia ditanggung oleh PIBG bukannya sepenuh oleh Kementerian Pelajaran.

Soalan saya ialah apakah kementerian dapat bersetuju dengan saya supaya semua guru-guru sandaran yang dilantik oleh PIBG semuanya dibayar oleh pihak kementerian dan supaya nisbah guru dengan pelajar dapat diseimbangkan lagi dalam hal ini supaya perkara ini dapat diselesaikan. Terima kasih.

 

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Jika guru sandaran itu dilantik oleh Kementerian Pelajaran mengikut norma perjawatan, sudah tentu ia akan dibayar oleh Kementerian Pelajaran. Mereka yang dilantik memang telah mempunyai syarat, tetapi kalau PIBG mengambil seorang guru sandaran yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dan juga di luar norma yang diberikan, maka ia tidak boleh dibayar oleh Kementerian Pelajaran.

Masalah yang disebut oleh Yang Berhormat memang berlaku di setengah-setengah sekolah di mana bilangan murid di satu sekolah begitu ramai. Pada masa yang sama, kita juga menghadapi masalah sekolah yang kurang murid. Satu kelas hanya kurang daripada 10 orang sahaja. Jadi kalau kita ambil kira semua keseluruhannya, nisbah seorang guru bagi jumlah murid memang tidak begitu besar atau ramai. Kalau ikut angka, saya diberitahu hanya di antara seorang guru bagi 15 murid sehingga 20 orang murid sahaja untuk sekolah rendah. Jadi, inilah satu keadaan yang kita hadapi. Walau bagaimanapun, keadaan ini sentiasa diperlihatkan dan diberi perhatian supaya ia tidak akan timbul masalah kepada pentadbir sekolah.

Terima kasih.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009