Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

KWSP dan RHB

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 06-12-2007)

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta Menteri Kewangan menyatakan prestasi RHB sebelum dan selepas pelaburan KWSP, serta sumber kepakaran KWSP perihal urusan pelaburan dan tadbir urusnya dalam sesuatu pelaburan seperti RHB. Apakah status dan taburan pelaburan aset KWSP yang terkini.

 

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi RHB Capital Bhd adalah menggalakkan selepas diambil alih oleh KWSP.

Saya sebut di sini angka-angka yang ada. Pada setengah tahun pertama 2007, pendapatan daripada faedah bersih RHB Capital Bhd adalah RM1.03 bilion berbanding dengan tahun lepas setengah tahun 2006 sebanyak RM916.7 bilion iaitu pertambahan sebanyak 12.3%.

Pendapatan daripada RHB Islamic Bank RM184.1 juta berbanding dengan setengah tahun pertama 2007 berbanding dengan RM93.2 juta pada setengah tahun pertama tahun lepas. Jadi bermakna pertambahan peningkatan 97.5%.

Keuntungan dari segi cap selepas dividen dan sebelum cukai dan zakat RM560.9 juta pada enam bulan pertama 2007 berbanding dengan tahun lepas enam bulan pertama RM405.57 juta. Bermakna peningkatan 38.3%.

Keuntungan yang diagihkan kepada pemegang saham RM308 juta pada setengah tahun pertama tahun ini berbanding dengan tahun lepas RM212.2 juta bermakna peningkatan 25.4%. Pendapatan sesaham untuk setengah tahun pertama 2007 iaitu RM16.09 sesaham berbanding dengan enam bulan pertama tahun lepas RM11.06 sesaham iaitu peningkatan sebanyak 45.7%.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, nisbah bersih hutang lapuk kumpulan RHB pula berkurangan kepada 4.17% kepada 30 Jun 2007 berbanding dengan 46.3% pada 31 Disember 2006. Nilai aset ketara bersih pada 30 Jun 2007 juga telah meningkat kepada RM2.18 berbanding dengan RM2.06 pada 31 Disember 2006.

Mengenai sumber kepakaran KWSP dalam pelaburan dan tadbir urus pelaburan, KWSP mempunyai proses dan penilaian yang terperinci dalam menguruskan pelaburannya. Proses dan penilaian ini disokong oleh pengurusan yang profesional dan pengagihan tugasan yang objektif yang mana fungsi-fungsi pelaburan KWSP dibahagikan kepada jabatan-jabatan yang ditentukan untuk memastikan tadbir urus yang baik bagi pelaburan KWSP. Semua aktiviti pelaburan KWSP adalah dikawal oleh panel pelaburan KWSP yang dianggotai oleh ahli-ahli profesional yang dilantik oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah pelaburan KWSP pada keseluruhannya pada Jun 2007 jumlah semua sekali yang ada modal RM301.44 bilion dan dilaburkan di dalam sekuriti kerajaan Malaysia RM104 bilion iaitu 34.6%. Pinjaman dan bon RM112.15 bilion iaitu 37.2%. Ekuiti RM58.64 bilion ataupun 19.4%. Instrumen pasaran saham RM24.72 bilion atau 8.2% dan hartanah RM1.72 bilion ataupun 4.6% Tuan Yang di-Pertua.

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Setiausaha Parlimen yang agak detail. Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP mengatakan bahawa pengambilalihan ke atas kumpulan perbankan RHB dengan kos lebih kurang RM10 bilion adalah bertujuan untuk melindungi pelaburan 11 juta pencarumnya di samping memaksimumkan pulangan atas modal. Beliau juga yang merupakan pengerusi RHB mengatakan bahawa tindakan itu adalah pelaburan utama jangka panjang KWSP.

Apabila analisa Aseanbankers menunjukkan bahawa keuntungan RHB akan menjadi dua kali ganda pada tahun 2009, KWSP kini pula ingin menjualkan 40% daripada ekuiti dalam RHB kepada badan asing. Saya kurang pasti ini adalah salah satu strategi dalam sistem pengurusan risiko pelaburan KWSP. Namun soalan saya ialah apakah rasionalnya penstrukturan semula RHB oleh KWSP dan apakah struktur akhir RHB yang dingini oleh pihak kementerian? Terima kasih.

 

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, sekarang KWSP mempunyai ekuiti dalam RHB Capital sebanyak 82.27%. Memang KWSP diwajibkan oleh Bank Negara ini ruling sebenarnya untuk mengurangkan pegangan dalam bank ini kepada 35% sehingga Julai 2008. Bermakna RHB akan buat general offer kepada pihak-pihak yang ingin membeli saham ini dan ia akan terpaksa kurangkan sehingga 35% yang mana terpaksa jual 47% daripada saham pegangan sekarang. Ini adalah kehendak Bank Negara bukan kehendak RHB. Kalau hendak ikut RHB hendak dikekalkan tetapi ini kerana peraturan jadi hanya tinggal 35%.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009