Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Laporan Polis

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 27-11-2007)

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan peruntukan yang disalurkan sehingga kini untuk kegunaan dan pemantapan Sistem Laporan Polis (PRS). Sejauh mana PRS ini membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan agensi berkenaan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di- Pertua, peruntukan yang disalurkan sehingga kini untuk kegunaan dan pemantapan Sistem Laporan Polis (PRS) adalah seperti berikut. Kos kontrak pembekalan dan penyelenggaraan PRS Fasa 1 adalah RM30.2 juta dan untuk Fasa 2 ialah RM59.9 juta. Kos kontrak pembekalan sahaja untuk PRS Fasa 3 ialah RM37.2 juta dan PRS Fasa 3 masih dalam tempoh jaminan atau warranty.

Tuan Yang di-Pertua, PRS Fasal 1, 2, dan 3 meliputi Ibu Pejabat Bukit Aman, 12 buah ibu pejabat kontinjen, 98 buah IPD dan 597 buah balai di seluruh Semenanjung Malaysia, IPD Kota Kinabalu serta IPD Kuching. Untuk IPK Sabah, IPK Sarawak dan semua IPD serta semua balai di kedua-dua negeri ini, sistem PRS akan dilaksanakan mulai tahun 2008 di bawah PRS Fasa 4.

PRS merupakan satu sistem berkonsepkan teknologi web dan komprehensif serta berintegrasi, yang merangkumi proses penerimaan laporan polis, pembukaan kertas siasatan, kertas pendakwaan dan proses penyediaan laporan-laporan berkala secara elektronik.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh sistem tersebut juga membolehkan penyemakan semua laporan polis dan kertas siasatan secara online dengan segera dan telus. Pihak eksekutif pula dapat menganalisa data dalam bentuk laporan-laporan statistik untuk merancang dan mengatur langkah-langkah mencegah jenayah dengan cepat dan tepat. Dengan pembangunan sistem ini, pihak PDRM berkemampuan untuk menyediakan pengumpulan maklumat berpusat dari proses penerimaan laporan polis sehingga proses pendakwaan di mahkamah.

Kedua, menyediakan kaedah pengurusan siasatan kes yang efektif cepat dan telus. Ketiga, menyediakan sistem maklumat bersepadu yang boleh diekses di semua peringkat PDRM dan keempat menyediakan persekitaran kurang kertas dan persekitaran yang selesa kepada orang awam. Justeru pembangunan PRS telah membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PDRM di dalam mempertingkatkan sistem penyampaian di dalam aspek-aspek berikut:

(i) meningkatkan produktiviti imej dan prestasi PDRM;

(ii) membantu pegawai penyiasat dapat melaksanakan sistem dengan cepat dan efisien;

(iii) memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan perkhidmatan yang cekap dan cepat;

(iv) merealisasikan Sistem Kepolisan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan negara.

Sekian terima kasih.

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Tahniah pihak polis dapat peruntukan yang besar untuk mempertingkatkan Sistem Laporan Polis.

Tuan Yang di-Pertua, seorang saudara saya dalam perjalanan balik dari Ipoh ke Kelang telah menerima satu panggilan peras ugut melalui telefon bimbit. Setiba sahaja tiba di Kelang, buat laporan polis di Kelang, disuruh balik ke Ipoh untuk buat laporan polis kerana panggilan telefon tersebut dari Ipoh, dan mengambil masa sejam lebih untuk membuat laporan di balai polis di Kelang dan akhirnya diterima. Kes yang kedua, seorang membuat laporan polis di Bandar Sunway tetapi diminta untuk mendapatkan siasatan dan perkembangan laporan di Balai Polis Seri Kembangan. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah mengapakah seseorang hendakbuat laporan polis mengambil masa sejam atau lebih dan bagaimanakah siasatan dan hasil siasatan dan perkembangan hasil siasatan dimaklumkan kepada mangsa dan melalui balai-balai yang terdekat sekali. Minta penjelasan terima kasih.

 

Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih Yang Berhormat, sini ada tiga soalan sebenarnya. Yang pertama tentang laporan, saya ingin menegaskan di sini arahan telah diberi kepada semua anggota polis dan semua balai bahawa laporan boleh dibuat di mana-mana balai, dan bukan sahaja secara bertulis, tetapi melalui SMS, melalui lisan melalui internet. Ia perlu juga diambil berat dan diterjemahkan secara bertulis dan dijadikan sebagai satu laporan polis. Kalau ada mana-mana anggota polis yang enggan menerima laporan saya minta catatkan nama, balai mana dan nombor polis tersebut dan buat aduan. Saya sekali lagi hendak mengingatkan semua pihak di sini bahawa arahan telah dikeluarkan oleh Pengarah IGP semasa itu sebagai Pengarah di SJ pada 14 Mei 2004 kalau mereka yang enggan menerima laporan boleh dikenakan tatatertib yang berat dan sehingga buang kerja pun boleh dilakukan.

Yang kedua tentang penyiasatan sebab itu selepas laporan dibuat dia pergi minta pergi ke balai lain untuk dapat keterangan. Tuan Yang di-Pertua, laporan boleh dibuat di sesebuah balai tapi penyiasatan terhadap sesuatu kesalahan adalah tanggungjawab sesuatu tempat yangmenjadi kesalahan tersebut. Itu bermakna kalau kejadian itu berlaku di Ipoh walaupun laporan dibuat di Subang tapi siasatan dan keterangan akan dilakukan oleh balai di Ipoh. Maka oleh sebab itu ambil keterangan perlu dilakukan di situ supaya pegawai penyiasat dapat menjalankan siasatan.

Yang ketiga, apa sebab kadangkala ambil masa yang lama. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa orang ramai sudah salah faham tentang buat laporan dan tentang mengambil keterangan. Masa untuk buat satu laporan memang singkat lebih kurang 20 minit sudah mencukupi tetapi selepas laporan dibuat kalau fail perlu dibuka untuk disiasat maka pegawai penyiasat perlu mengambil keterangan yang teliti dan lanjut dan teramat penting untuk pegawai penyiasat dapat mencatatkan semua keterangan dengan teliti. Kalau tidak mungkin ia akan memudahkan penyiasatan dan pendakwaan nanti.

Oleh sebab itu ia mengambil masa yang lebih lama dan kadang-kadang di sebuah balai disebabkan bilangan pegawai penyiasat berkurangan dan bila pegawai penyiasat keluar daripada pejabat ke tapak kejadian jenayah untuk membuat siasatan mungkin orang awam perlu tunggu sedikit masa untuk dia balik dan keterangan dapat dijalankan. Ini adalah sebab-sebab kadang-kadang mengambil masa yang lebih panjang dan orang awam mungkin kurang faham tentang prosedur ini. Jadi saya harap dengan penjelasan hari ini kita dapat membetulkan gambaran yang sebenar. Sekian, terima kasih.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009