Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Information Act

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

TUAN LOH SENG KOK (KELANA JAYA) minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Negara kita menggubal undang-undang berhubungan dengan kebebasan maklumat dan hak mendapat maklumat seperti Freedom of Information Act atau Right to Information Act yang telah berjaya digubal di negara lain.

 

JAWAPAN:

Pada masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan undang-undang berhubung dengan hak atau kebebasan untuk mendapat maklumat. Sungguhpun demikian, Kerajaan sentiasa bersikap terbuka dalam mengemukakan maklumat kepada rakyat melainkan jika maklumat tersebut merupakan maklumat yang perlu dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan atau kepentingan awam atau apa-apa sebab lain yang difikirkan wajar oleh Kerajaan.

Kesediaan Kerajaan untuk mendedahkan maklumat kepada orang awam atau mana-mana pihak tertentu dan hak seseorang untuk mendapatkan maklumat adalah tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82]. Akta Rahsia Rasmi 1972 menyentuh mengenai tanggungjawab untuk memelihara dan melindungi rahsia rasmi manakala Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 memperuntukkan mengenai hak Menteri, ahli Lembaga Penasihat atau mana-mana pegawai awam untuk tidak mendedahkan maklumat yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan negara (seksyen 16).

Beberapa negara seperti Australia, New Zealand, Kanada dan Ireland telah mewujudkan undang-undang berhubung dengan hak dan kebebasan untuk mendapatkan maklumat tetapi pada masa yang sama undang-undang berkenaan turut memperuntukkan bahawa hak atau kebebasan untuk mendapat maklumat tersebut tidak boleh terpakai jika maklumat itu merupakan-

(a)     maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara;

(b)     maklumat  yang  pendedahannya  dilarang  oleh  mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa;

(c)     rahsia perniagaan (trade secrets); dan

(d)     maklumat peribadi atau maklumat perubatan mana-mana orang.

Oleh yang demikian, walaupun negara ini tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung dengan hak atau kebebasan untuk mendapatkan maklumat, prinsip keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan oleh Kerajaan (iaitu tertakluk kepada dasar dan undang-undang negara mengenai larangan mendedahkan maklumat-maklumat tertentu) tidaklah bertentangan dengan hak atau kebebasan untuk mendapatkan maklumat yang diwujudkan dalam undang-undang di negara-negara tersebut.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009