Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

One Stop Centre

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Y.B. TUAN LOH SENC KOK ( KELANA JAYA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana usaha kejayaan pewujudan One Stop Centre (OSC) dilaksanakan bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan modus operandinya. Apakah PBT boleh membuat 'outsourcing' perihal pakar rujuk dalam operasi OSC.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak pelancaran Sistem Penyampaian Kerajaan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 April 2007 sehingga kini sebanyak 100 OSC telah dilaksanakan meliputi 100 pbt di Semenanjung Malaysia. Modus Operandi OSC adalah seperti berikut :-

i)        Menyelaras dan memproses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan di bawah peruntukan seksyen 124A dan 204A Kanun Tanah Negara, permohonan pembangunan tanah;

ii)       Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan kepada pemohon;

iii)      Membuat   perakuan   permohonan   tanah   kepada Pejabat Tanah; dan

iv)      Menyediakan laporan status permohonan.

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, “outsourcing” perihal pakar rujuk dalam operasi OSC pula, Kementerian ini berpandangan Pakar Rujuk tidak diperlukan dalam operasi OSC memandangkan operasi OSC di bawah seliaan PBT.

 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tern pa tan

September 2007

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009