Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pengawalan Kualiti Air Sungai oleh JAS

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 03-09-2007)

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan punca dan tahap pencemaran buangan industri dalam negara, serta kawal selia ke atas pelepasan air kumbahan yang tidak dirawat. Sejauh mana pengawasan kualiti air sungai di seluruh negara oleh pihak JAS.

 

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Sazmi bin Miah]: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2006 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar telah mengenal pasti sebanyak 18,956 punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Punca-punca ini terdiri daripada 9,060 loji rawatan kumbahan, 8,543 industri pembuatan, 869 ladang ternakan babi dan 484 industri berasaskan pertanian. Pada tahun 2006 pemeriksaan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati 85% mematuhi peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling tahun 1979, dan di samping itu bagi kilang kelapasawit tahap pematuhan pelepasan efluen adalah 75% dan bagi kilang getah asli mentah adalah 81%.

Pelbagai langkah telah diambil bagi mengawal selia pelepasan air efluen dan kumbahan yang tidak dirawat. Antaranya termasuklah mempertingkatkan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas premis-premis industri yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Selain itu, pemeriksaan penguatkuasaan susulan juga dijalankan ke atas premis yang mempunyai rekod pematuhan yang rendah dan surat arahan, notis arahan, denda dan tindakan mahkamah akan dikenakan ke atas premis yang gagal mematuhi keperluan perundangan tersebut.

Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan pengawasan kualiti air sungai ke atas 146 lembangan sungai yang melibatkan 1,064 stesen pengawasan di seluruh negara. Di samping itu pengawasan melalui 15 stesen automatik juga dijalankan, terima kasih.

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tentang kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk mengawal selia kualiti air sungai di seluruh negara. Sebelum saya bertanyakan soalan, mungkin saya hendak minta pihak kementerian berikan kepada kita semua setiap negeri, satu sungai yang paling tercemar di setiap negeri.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat banyak lagi kes-kes punca pencemaran seperti mana yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kita hendak tanya sama ada Jabatan Alam Sekitar benar-benar ada taring untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang telah mencemarkan air sungai, itu soalan yang sangat serius. Walau bagaimanapun saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen agar memberitahu Dewan ini, berapakah sungai yang telah menjadi sungai mati dan sungai mati menjadi sungai hidup. Minta penjelasan, terima kasih.

 

Dato' Sazmi bin Miah: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Cerita pasal taring-taring ini tidak bolehlah cerita taring-taring. Sebenarnya alam sekitar ini adalah tanggungjawab kita bersama, ia bukannya pasal kementerian ada taring, Jabatan Alam Sekitar ada taring, tapi kalau kita juga yang mencemar taring siapa kita hendak buang? Jadi maksudnya ini adalah masalah kita semua. Jabatan Alam Sekitar dan kementerian hanya di sini untuk menjalankan tugas-tugas yang tertakluk di dalam akta-akta yang telah disediakan. Apa-apa yang tiada dalam akta kita kena buat akta baru, kita kena buat undang-undang baru. Jadi sampai bila pun tidak akan berakhir.

Jadi sebab itulah pada bulan Ogos baru ini kita melancarkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, di mana kita akan memperkasakan Ahli-ahli Parlimen dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk bersama-sama dengan kita di dalam memulihara alam sekitar kita.

Berkenaan dengan lembangan sungai yang tercemar, apabila kita bercakap berkenaan lembangan sungai, ianya termasuklah daripada punca sungai tersebut iaitu di kawasan bukit sehinggalah ke muara sungai tersebut. Jadi apabila kita mengambil kualiti air, ianya kita ambil daripada hulu sungai sehinggalah ke muara sungai. Yang masalahnya ialah di bahagian hulu sungai sebelum adanya penempatan, sebelum adanya industri dan sebagainya, keadaan sungai adalah bersih dan tidak tercemar, tapi apabila sampai ke penghujung iaitu di muara sungai-sungai tersebut kualiti airnya amat tercemar. Terdapat 9 buah lembangan secara purata, maksud saya sungai yang tercemar di negara ini. Saya akan berikan nama sungai-sungai tersebut di setiap negeri kepada Ahli Yang Berhormat selepas ini. Terima kasih.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009