Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Penggunaan Bahan Alternatif bagi Pembekalan Elektrik

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

YB. Tuan Loh Seng Kok minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sama ada dasar tenaga negara menggunakan bahan-bahan alternatif bagi pembekalan elektrik dapat diselaraskan bersama galakan kitar semula dan usaha pemeliharaan alam sekitar dengan menggunakan bahan-bahan buangan sisa pepejal.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua, 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Dasar Lima Bahanapi yang diperkenalkan dalam tahun 2000 (Fifth Fuel Policy) bahan buangan sisa pepejal merupakan salah satu daripada enam sumber tenaga yang boleh diperbaharu (Renewable Energy, RE) bagi penjanaan tenaga elektrik selain sumber RE yang lain seperti biomass, biogas, solar, angin dan mini hidro. Suka saya maklumkan bahawa pada masa ini Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) sedang menyediakan Pelan Tindakan Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (Renewable Energy Action Plan) bagi melengkapi Dasar Lima Bahanapi disamping memantapkan pelaksanaan program Small Renewable Energy Programme (SREP) iaitu salah satu usaha Kerajaan untuk menggalak dan meningkatkan penggunaan sumber RE di dalam penjanaan tenaga elektrik.

Pelan yang dijangka siap pada akhir tahun 2007 ini akan mengambilkira dan diselaraskan dengan semua peraturan yang terkandung dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di bawah kawalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Wakil KPKT turut dijemput menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan RE yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KTAK dimana segala pandangan berhubung aktiviti galakan kitar semula dan usaha pemeliharaan alam sekitar melalui penggunaan bahan-bahan buangan sisa pepejal akan diambilkira dalam penyediaan pelan tindakan berkenaan.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009