Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Kesedaran Alam Sekitar

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan  tahap  kemesraan  alam sekitar warga Malaysia. Sejauh manakah kemesraan tersebut diterima dan diukur di peringkat antarabangsa.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk   makluman   Ahli   Yang   Berhormat,   pada   umumnya   tahap kesedaran alam sekitar di Malaysia tidak begitu membanggakan jika kita bandingkan dengan negara maju seperti Jepun, Denmark dan German. Ini dapat kita lihat apabila ramai penduduk di Malaysia yang tidak kisah tentang   pengurusan sampah sarap dengan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya seperti di longkang, sungai dan di tepi-tepi jalan.

Budaya kitar semula di kalangan rakyat Malaysia masih lagi di tahap yang kurang memuaskan. Penggunaan bahan tidak mesra alam seperti pembungkus dari plastik menjadi perkara biasa. Di samping itu juga, penggunaan kenderaan awam tidak menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan kenderaan persendirian. Pengunaan sumber tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria juga tidak begitu meluas. Dari aspek kualiti udara juga kita lihat kejadian pembakaran terbuka masih lagi berlaku.

Walau bagaimanapun kesedaran alam sekitar ini semakin meningkat. Berbagai usaha dilakukan oleh berbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak industri sendiri. Ada sektor perladangan yang mengamalkan konsep "zero burning" (dengan izin). Di samping itu bilangan industri kitar semula di dalam negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa. Salah satu kaedah untuk mengukur tahap kemesraan alam sekitar yang diguna diperingkat antarabangsa adalah "ecological footprint analysis" (dengan izin). Kaedah "footprint analysis" (dengan izin) ini mengukur tahap kelestarian seseorang atau masyarakat setempat (sustainability is made measurable). Berdasarkan kajian ini, Malaysia berada di tahap hampir dengan purata "world average ecological footprint" (dengan izin).

Sekian, terima kasih.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009