Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Budaya Penghisapan Shisha

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kesan kesihatan akibat penghisapan 'shisha' dengan penggunaan 'hookah' dan pemipit bersama. Sejauh mana tindakan diambil untuk mengawal budaya penghisap 'shisha'.

 

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

'Hookah' adalah satu peralatan yang berasal dari India tetapi telah mendapat sambutan yang hangat di negara-negara Arab, la mempunyai balang dasar yang biasanya diperbuat dari kaca dengan beberapa corong paip yang digunakan untuk menghisap asap dari tembakau yang dibakar bersama-sama bahan lain seperti buah-buahan atau herba di mana asap ini perlu terlebih dahulu melalui air yang terkandung dalam balang tersebut. Terpulang kepada lokasi penggunaannya, 'hookah' turut dikenali dengan nama-nama lain seperti shisha, water pipe, ghalyan dan okka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataanya baru-baru ini telah menegaskan bahawa 'hookah' adalah tidak selamat untuk digunakan. Menghisap 'hookah' akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain. Dengan demikian, 'hookah' bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok. Bertentangan dengan kepercayaan sebelum ini, asap tembakau yang keluar dari balang air 'hookah' sebenarnya mengandungi toksin-toksin yang diketahui menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan berbagai lagi penyakit merbahaya yang lain.

Kajian mendapati bahawa para pengguna 'hookah' pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh yang jauh lebih lama berbanding jika mereka menghisap sebatang rokok. Penghisap rokok akan menyedut sebanyak 8 hingga 12 kali sedutan yang kebiasaannya mengambil masa selama 5 hingga 7 minit dan menyedut 0.5 hingga 0.6 liter asap. Penghisap 'hookah' pula menyedut sebanyak 50 hingga 200 kali sedutan yang mengambil masa selama 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga 1 liter asap akan disedut. Menurut WHO, penyelidikan awal ini menunjukkan perbuatan menghisap 'hookah' selain mendatangkan risiko yang sama seperti merokok, ia boleh juga mengakibatkan lain-lain risiko kesihatan yang khusus (some unique health risks).

Perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk tuberculosis dan hepatitis. Biasanya bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau adalah terdiri dari bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana bila sesuatu proses pembakaran berlaku, ia akan menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

Di Malaysia penggunaan 'hookah' kini semakin popular terutamanya di kalangan golongan belia di kawasan bandar. Setakat ini msih belum ada kajian mengenai penggunaan ‘hookah’ di Malaysia, namun diketahui secara am bahawa ‘hookah’ dihidangkan kepada pelanggan di lokasi-lokasi seperti gerai malam, restoran, hotel dan kelab-kelab tertentu di bandar-bandar besar.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009