Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Penempatan and Taburan Kaunselor

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

YB Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan penempatan dan taburan kaunselor bertauliah yang telah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor 1998, mengikut negeri dan organisasi atau institusi. Bagaimana Golongan para-kaunselor yang berpengalaman diperkasa dan diserap masuk dalam memberi perkhidmatan.

 

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Penempatan dan taburan kaunselor bertauliah yang telah didaftarkan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor 1998 mengikut negeri dan organisasi atau institusi adalah seperti berikut:

a)      Mengikut Negeri:

Perlis                          - 9 orang

Kedah                         - 41 orang

Pulau Pinang             - 22 orang

Perak                          - 57 orang

Kuala Lumpur            - 111 orang

Selangor                    - 225 orang

Putrajaya                    - 10 orang

Negeri Sembilan          - 44 orang

Melaka                       - 25 orang

Johor                          - 69 orang

Pahang                       - 16 orang

Terengganu               - 31 orang

Kelantan                     - 16 orang

Sarawak                     - 47 orang

Sabah                         - 24 orang

JUMLAH                   - 747 orang

 

b.      Mengikut Organisasi/lnstitusi:

Agensi perkhidmatan awam            -  372 orang

Sektor perguruan                              -  231 orang

Sektor swasta                                   -  94 orang
Pengamal persendirian/NGO          -  50 orang

JUMLAH                                           -  747 orang

 

Kementerian telah mengambil langkah untuk memperkasakan goiongan para-kaunselor melalui aktiviti-aktiviti latihan di bawah program 'satu keluarga satu kaunselor'. Program ini bertujuan untuk melatih dan memperkasakan para-kaunselor yang berada dalam komuniti tentang teknik dan asas kaunseling bagi membantu menangani masalah sosial dalam keluarga. Setakat ini kementerian telah mengenal pasti seramai 2,880 para-kaunselor untuk dilatih di bawah program ini.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009