Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Sistem Kawalan Imigresen

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan hasil dan tahap keberkesanan sistem kawalan imigresen setelah melaksanakan Sistem Biometrik PATI dan Sistem Pemantauan Pendatang Asing (Foreign Workers Recruitment and Management System). Berapakah kos pelaksanaan dan penyelenggaraan kedua-dua sistem itu.

 

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,

Selaras dengan dasar Kerajaan Elektronik (E-Government), Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan dua sistem iaitu Sistem Aplikasi Biometrik PATI bermula 1 Disember 2004 dan Sistem Pemantauan Pekerja Asing (Foreign Workers Monitoring System) pada 15 Februari 2006.

Sistem Biometrik PATI telah menelan belanja sebanyak RM34,793,001.00 dan telah beroperasi sepenuhnya di semua DEPOT Imigresen di seluruh negara. Pendatang haram yang ditahan akan diambil biometrik mereka dan direkodkan. Manakala Sistem Pemantauan Pekerja Asing (FORMS) pula bernilai sebanyak RM2,500,000.00 dan digunakan untuk merekodkan data biometrik pekerja asing. Data tersebut dimasukkan apabila mereka masuk ke negara di pintu utama Imigresen.

Kedua-dua sistem ini direka dan diperkemaskan berdasarkan keperluan Jabatan Imigresen Malaysia terutamanya dari aspek kawalan dan penguatkuasaan. Sebelum sistem biometrik ini diperkenalkan, kemasukan adalah berdasarkan data sedia ada dalam pasport yang boleh di manipulasi dan dipalsukan. Dengan adanya sistem ini, individu yang menggunakan pasport palsu atau milik orang lain tidak akan dapat membolosi sistem keselamatan sedia ada kerana butiran biometrik mereka telah direkodkan.

Sistem FORMS pula membolehkan Jabatan Imigresen mengesan pekerja asing berdasarkan alamat majikan dan memastikan mereka tidak dimanipulasikan untuk bekerja secara haram dengan majikan lain. Ini membantu dari segi pembekalan data yang diperlukan dengan cepat dan memastikan penguatkuasaan yang berkesan berbanding cara manual sebelum ini. Bagi pekerja-pekerja asing yang terlibat dalam kes-kes jenayah yang lain, Sistem FORMS akan memastikan mereka tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009