Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Kes bunuh diri mengikut Seksyen 309

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan kes bunuh diri yang dibawa ke mahkamah dengan penggunaan seksyen 309 Kanun Keseksaan. Sejauh manakah keberkesanan seksyen itu dan relevannya digunakan untuk mengurangkan kes bunuh diri.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Semua kes-kes bunuh diri akan disiasat oleh pihak PDRM sebagaimana kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Bab XXXII Kanun Tatacara Jenayah. Setelah selesai proses penyiasatan, kertas penyiasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan pandangan dan nasihat perundangan berhubung dengan kes cubaan membunuh diri yang dilaporkan.

 

Tuan Yang Di Pertua,

Dalam proses membuat pertuduhan di bawah peruntukan seksyen 309 Kanun Keseksaan, terdapat beberapa faktor-faktor yang perlu diambil kira iaitu:

a. keadaan mental seseorang semasa melakukan pertuduhan / perbuatan tersebut;

b. keadaan mangsa itu sendiri atau penderitaan yang dialami atau terbitan dan tindakan cuba bunuh diri tersebut. Terdapat kemungkinan disebabkan kesihatan tergugat secara berterusan atau menyebabkan penderitaan kekal;

c. tindakan membawa pertuduhan juga boleh membawa tekanan mental dan mangsa akan berusaha untuk membunuh diri kembali atau untuk melepaskan diri dan sesuatu yang dianggap perkara yang tidak boleh diterima; dan

d. tidak akan membantu mangsa untuk melupakan kejadian yang lepas atau perkara yang membawa mereka membuat keputusan untuk bunuh diri dan sebagainya.

 

Tuan Yang Di Pertua, 

Keputusan muktamad untuk menuduh atau membawa sebarang pentuduhan terhadap mana-mana orang berhubung dengan sesuatu kesalahan adalah tertakiuk kepada bidang kuasa Peguam Negara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009