Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Pelawat Islam dan undang-undang Syariah

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 19-06-2007)

11.00 pg

Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan bilangan pelawat asing beragama Islam yang masuk ke negara kita mengikut kategori pelajar, pelancong, pekerja, peniaga dan lain-lain ekspatriat. Sejauh manakah kelakuan mereka tertakluk kepada undang-undang syariah.

 

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Imigresen Malaysia tidak menyimpan statistik pelawat asing mengikut kategori agama. Peraturan semasa hanya merekodkan nama negara, nama pelawat atau dari mana pekerja asing tersebut datang. Semua pelawat asing ke Malaysia adalah diwajibkan menghormati undang-undang di sini termasuk undang-undang syariah. Maklum balas yang diterima juga menunjukkan kebanyakan wakil negara asing menghormati perundangan serta adat resam dan kepercayaan negara ini. Sekianlah, terima kasih.

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan asal saya yang saya kemukakan itu adalah dituju kepada Perdana Menteri, tetapi saya tidak tahu bagaimana ia telah pergi kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kerana soalan saya adalah berkaitan dengan aplikasi undang-undang.

Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, di dalam negara kita pernah ada satu kes di mana terdapat satu pasangan pelancong dari luar negeri yang disyaki beragama Islam, disyaki belum berkahwin dan kerana duduk sebilik di dalam sebuah hotel walaupun mereka telah berkahwin, telah diambil tindakan oleh pihak pejabat agama Islam.

Tuan Yang di-Pertua, dalam negara kita, kita dapat melihat ramai pendatang asing yang telah masuk ke negara kita sama ada sebagai pelancong atau pekerja ataupun pendatang asing dan kebanyakan pendatang asing yang datang dari negara Bangladesh, Pakistan dan Indonesia, khususnya, adalah beragama Islam.

Maka saya hendak tanya bagaimanakah pihak kerajaan dapat memantau dan menjaga atau memantau kelakuan mereka kerana ramai pekerja asing dan pendatang asing itu tidak berkahwin dan mereka duduk di Malaysia. Pihak kementerian walaupun tidak ada data, tetapi pejabat imigresen boleh menyemak dari segi visa dan jenis agama mereka. Minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih.

 

Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, semua pelawat asing datang ke Malaysia wajib menghormati undang-undang di negara ini. Jadi sesiapa yang melanggar undang-undang negara ini mereka boleh diambil tindakan undang-undang. Jadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai kes itu, pihak JAKIM ada kuasa untuk mengambil undang-undang syariah atau ambil tindakan ke atas mereka jika mereka disabit kesalahan.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009