Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Kerja Baik-pulih Parlimen

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan nilai, skop kerja dan kontraktor yang menyenggara dan membaikpulih bangunan Parlimen. Jelaskan kontrak kerja pembinaan, penyenggaraan dan pembaikpulihan bangunan kerajaan di dalam dan di luar negara yang diperolehi oleh kontraktor itu.  

 

JAWAPAN:

Tuan yang DiPertua,

Untuk makluman ahli yang berhormat, penyenggaraan bangunan parlimen adalah terletak di bawah tanggungjawab parlimen sendiri. Walaubagaimana pun, apabila berlaku kebocoran yang serius pada bumbung bangunan tersebut baru-baru ini, dengan kuasa yang diberi melalui Arahan Perbendaharaan (AP 55), Kementerian Kerja Raya telah melantik kontraktor Jasaman Sdn. Bhd. untuk melaksanakan kerja - kerja pembaikan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, surat niat telah pun dikeluarkan kepada kontraktor, namun harga masih belum dimuktamadkan memandangkan pihak JKR masih membuat penilaian terhadap bahan / kaedah yang akan digunakan anggaran kos kerja - kerja penyenggaraan dan pembaikan adalah RM 13 juta. Antara skop kerja utama yang akan dlaksanakan adalah mengganti membran kalis air bumbung konkrit sedia ada serta menggantikan saluran air hujan yang rosak.

Untuk makluman ahli yang berhormat, pihak kementerian tidak menganugerahkan mana - mana kontrak kerja pembinaan penyenggaraan dan pembaikpulihan bangunan kerajaan di luar negara kepada kontraktor ini, tetapi d dalam tahun semasa, satu kerja pembaikan segera di dalam Negara telah diberikan kepadanya  iaitu kerja kerja pembaikan Istana Perak Di Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.

 

Maklumat tambahan:

Kerja - kerja pembaikan Istana Perak di Kuala Lumpur oleh Jasaman Sdn. Bhd.

Nama kontraktor : Jasaman Sdn. Bhd.

Tempoh kontrak: 6 bulan (Feb. Julai)

Harga kontrak: RM 950,000.00

Cara perolehan: Rundingan terus

Jabatan pelanggan: JKR Negeri Perak Darul Redzuan

Kemajuan kerja: 80%

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009