Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Program Pembangunan Francais

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan produk yang dibangunkan, prestasi dan nilai pembiayaan Program Pembangunan Francais sejak tahun 2004. Sejauh manakah usaha untuk promosi, latihan dan galakan penyertaan setiap kaum dijalankan dalam perniagaan francais.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

1. Bilangan produk francais yang telah berdaftar semenjak Akta Francais 1998 dikuatkuasakan pada 1999 ialah sebanyak 302. Sementera itu, sebanyak 95 produk francais telah dibangunkan bagi tahun 2004 sehingga kini. Antara produk yang telah dibangunkan termasuk produk dalam bidang makanan, perkhidmatan, pusat pembelajaran dan asuhan, pusat rawatan kecantikan, IT dan telekomunikasi, pakaian dan lain-lain.

2. Bagi mengalakan penyertaan semua kaum dalam perniagaan francais pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan bantuan geran, pembiayaan, promosi dan latihan. Di bawah Skim Bantuan Pembangunan Francais (SBPF), francaisor mendapat kemudahan bantuan geran untuk membangunkan produk francais. Sebanyak RM 0.8 juta telah dikeluarkan sebagai geran kepada 5 usahawan Bumiputera dan 11 usahawan Bukan Bumiputera.

3. Untuk tujuan promosi produk-produk francais di dalam dan luar negara pihak Kementerian menyediakan kemudahan penyertaan kepada semua kaum yang terlibat dalam perniagaan francais. Promosi di dalam negara adalah melaiui Pameran Franchise International Malaysia (FIM) yang diadakan setiap tahun di Kuala Lumpur diharapkan dapat mempromosikan produk-produk francais tempatan di dalam dan luar negara. Bagi tempoh 2005 - 2006, sejumlah 75 syarikat francais tempatan telah menyertainya di mana lebih 65% daripada syarikat tersebut adalah syarikat francaisor bukan Bumiputera.

4. Manakala promosi di luar negara pula adalah seperti penyertaan di dalam Franchising Middle East (FME) di Dubai. Bagi tempoh 2005-2006, sejumlah 14 syarikat francais tempatan telah menyertainya di mana lebih 60% penyertaan adalah dari kalangan usahawan Bukan Bumiputera.

5. Pihak Kementerian dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) menganjurkan program-program latihan seperti Kursus Asas Perniagaan Francais (KAPF) dan Kursus Pembangunan Bakal Francaisor dan ia terbuka kepada semua kaum. Bagi tempoh 2005 dan 2006, seramai 523 peserta telah menyertai kursus tersebut di mana seramai 455 peserta atau 87% adalah peserta Bumiputera dan 68 orang atau 13% adalah peserta Bukan Bumiputera.

 

Disediakan Oleh : KPSU (F) 1

Disemak Oleh : SUB (FV)

Diluluskan OIeh TKSU (U)

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009