Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Lesen Pengurupan Wang

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Tuan Loh Seng Kok minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Lesen Pengurupan Wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 dikeluarkan terkini mengikut negeri dan bilangan lesen yang dibatalkan serta sebabnya. Apakah prospek industri pengurupan wang negara dan kawalan terhadap money Iaundry.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Mac 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan 925 lesen pengurupan wang termasuk 127 lesen cawangan yang dikeluarkan di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 (Akta). Perincian lesen mengikut negeri adalah seperti yang berikut:

Jumlah Lesen Yang Dikeluarkan Mengikut Negeri

No.

 

Negeri

 

Jumlah Lesen

Jenis Lesen

Ibu Pejabat

Cawangan

1

Wilayah Persekutuan

207

177

30

2

Johor

194

166

28

3

Selangor

145

113

32

4

Pulau Pinang

90

81

9

5

Sabah

63

57

6

6

Sarawak

60

53

7

7

Perak

43

39

4

8

Kedah

40

37

3

9

Negeri Sembilan

26

20

6

10

Melaka

23

22

1

11

Pahang

16

15

1

12

Perlis

8

8

0

13

Terengganu

6

6

0

14

Kelantan

4

4

0

Jumlah

925

798

127

 

2. Semenjak Akta ni berkuat kuasa pada 25 September 1998 sehingga 31 Mac 2007, sebanyak 64 lesen pengurupan wang telah dibatalkan. Pembatalan lesen ini kerana pemegang lesen melanggar peruntukan dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawah Akta. Butir-butir pembatalan lesen adalah seperti yang berikut:

Jumlah Lesen Yang Dibatalkan Dan Sebab Pembatalan

No.

 

Jumlah Lesen Dibatalkan

Sebab Pembatalan

1

31

Seksyen 60 Akta Pengurupan Wang 1998

Kegagalan 31 pemegang lesen untuk memindahkan perniagaan daripada ketuanpunyaan tunggal (sole proprietorship) kepada syarikat dan tidak meningkatkan modal saham berbayar kepada RM100,000 dalam jangka waktu 5 tahun dan tanikh yang ditetapkan, iaitu 25 September 1998.

 

2

30

Seksyen 9(2) Akta Pengurupan Wang 1998

Kegagalan 30 pemegang lesen untuk memperbaharui lesen perniagaan pengurupan wang mereka dalam tempoh yang ditetapkan di bawah seksyen 9(2) Akta Pengurupan Wang 1998, iaitu 1 bulan sebelum tamat tempoh lesen.

 

3

3

Sebanyak 3 pemegang lesen telah melanggar pelbagai peruntukan Akta Pengurupan Wang 1998 seperti yang berikut:

  • Seksyen 12(1)(b)

Berhenti daripada menjalankan perniagaan pengurupan wang

  • Seksyen 20

Membuka atau menempatkan semula pejabat perniagaan pengurupan wang tanpa kelulusan bertulis daripada BNM

  • Seksyen 11 (1)

Tidak mempamerkan lesen perniagaan pengurupan wang

  • Seksyen 18(f)

Menukar butir-butir pemegang lesen yang dikemukakan semasa permohonan untuk mendapatkan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada BNM terlebih dahulu

  • Seksyen 29

Memegang mata wang asing melebihi jumlah bersamaan RM250,000

 

Jumlah

64

 

 

3. Industri pengurupan wang memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan sektor pelancongan negara, yang menyumbangkan kira-kira 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2006. Secara purata, industri ini mencatat jumlah transaksi (turnover) tahunan sebanyak RM28 bilion. Sehingga kini, 798 syarikat pengurupan wang berlesen menguasai lebih 85 peratus daripada jumlah pasaran pengurupan wang, manakala bakinya oleh “bureau de changes’ yang dimiliki oleh institusi kewangan tempatan.

4. Sebagai penyumbang penting kepada pasaran pengurupan wang, industri ini dijangka mempunyai prospek yang menggalakkan selaras dengan pertumbuhan sektor  pelancongan yang merupakan salah satu sumber utama pertukaran asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga serta mengukuhkan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Industri ini mendapat kesan penggandaan (multiplier effect) daripada usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kedudukon negara sebagai destinasi pelancongan global utama melalui usaha-usaha seperti Tahun Melawat Malaysia 2007.

5. Bagi mengawal aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram (money-laundering), pengurupan wang berlesen telah diwartakan sebagai institusi pelapor berkuat kuasa 1 Jun 2002 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Sebagai institusi pelapor, pengurup wang berlesen dikehendaki menjalankan kajian usaha wajar terhadap pelanggan dan menyimpan setiap rekod selama tempoh tidak kurang dan enam (6) tahun dan tarikh transaksi urus niaga berkenaan disempurnakan atau dihentikan, bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009