Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Penyakit ginjal

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 16-04-2007)

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan pesakit baru ginjal (buah pinggang) setiap tahun dan punca penyakit serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh rakyat. Apakah kos yang ditanggung oleh kerajaan dan bajet yang disediakan setiap tahun untuk peralatan rawatan serta ubatan.

 

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' Lee Kah Choon]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat terdapat banyak penyakit ginjal. Tetapi penyakit yang utama ialah mengenai kegagalan ginjal atau end-stage renal disease. Di Malaysia bilangan pesakit baru kegagalan ginjal atau pesakit baru end-stage renal disease dianggarkan sebanyak 2,700 orang setahun.

Punca utama penyakit end-stage renal disease ialah penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak di kawal. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi di beberapa organ termasuk buah pinggang. Antara langkah-langkah yang perlu diambil termasuk pengawal baik penyakit kencing manis dan darah tinggi serta diagnosis awal penyakit-penyakit tersebut dan rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi.

Sehingga akhir tahun 2006, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM79 juta di bawah peruntukan belanja mengurus untuk aktiviti nefrologi yang termasuk rawatan dialisis. Manakala bantuan kewangan yang diberikan kepada badan-badan bukan kerajaan atau NGO untuk rawatan dialisis adalah lebih daripada RM19 juta, terima kasih.

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Nampaknya kebanyakan pesakit buah pinggang ini adalah daripada golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa menjalankan rawatan hemodialisis satu minggu dua hingga tiga kali dan setiap kali mengambil masa satu jam hingga dua jam lebih.

Oleh itu saya hendak minta penjelasan adakah pihak kementerian bersedia untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini kerana pusat-pusat rawatan hemodialisis ini tidak banyak di dalam negara kita. Kita mempunyai hospital, pusat kesihatan di setiap pelosok negara. Maka boleh tidak pihak kementerian mewujudkan rawatan hemodialisis ini di setiap hospital yang ada dalam negara kita supaya menyenangkan golongan berpendapatan rendah untuk mencari tempat rawatan hemodialisis, minta penjelasan. Terima kasih.

 

Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Anggapan bahawa penyakit ini menyerang orang yang berpendapatan rendah ini adalah satu tanggapan yang tidak berapa tepat kerana penyakit ini dia akan serang selagi kita mengambil gula yang banyak, yang pentinglah aspeknya. Berkaitan dengan rawatan yang kita bagi, setiap kali adalah empat jam dan bagi end-stage renal failure ini mereka memerlukan tiga sesi satu minggu. Ini bermakna 12 sesi satu bulan dan jikalau satu kali RM200 bermakna satu bulan kita perlu lebih daripada RM2,000 hanya untuk dialisis sahaja dan kerajaan telah mengambil banyak langkah untuk mengatasi penyakit ini cuma kita rasa kita jangan lupa pula iaitu bagaimana kita cari jalan untuk mencegah penyakit ini daripada rawatan yang kita sudah bagi.

Kerajaan memang sudah mengadakan pusat rawatan hemodialisis di semua hospital kerajaan yang sedia ada iaitu lebih kurang 137 pusat di negara kita iaitu untuk kerajaan sahaja. Tetapi kita juga jalankan kerja-kerja pencegahan iaitu pendidikan dan sebagainya dan kita harap semua pertubuhan bukan kerajaan juga akan ambil langkah untuk mempertingkatkan lagi penyedaran orang ramai berkaitan dengan penyakit ini. Sekian.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009