Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan kes pencemaran yang diambil tindakan oleh JAS mengikut negeri, jenis pencemaran dan sumber maklumat. Bagaimanakah rangkaian usaha sama antara JAS dengan agensi kerajaan atau penguatkuasa lain agar orang awam boleh membuat laporan pencemaran melalui PBT dan polis yang kewujudannya lebih menyeluruh.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2006, bilangan kes pencemaran dibawah bidangkuasa Kementerian yang telah diambil tindakan adalah sebanyak 3199 kes manakala 1575 kes lagi adalah diluar bidangkuasa Kementerian.

Setakat ini, tiada rangkaian usaha sama yang khusus diwujudkan antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan agensi kerajaan atau penguatkuasa lain. Namun demikian JAS bersedia dan telah menerima aduan pencemaran yang disalurkan melalui agensi kerajaan yang lain.

Dalam aspek tertentu, telah wujud kerjasama usahasama antara JAS dengan agensi-agensi kerajaan atau penguatkuasa lain, seperti yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Sebagai contoh, agensi yang telah diperwakilkan kuasa untuk menyiasat pembakaran terbuka (Seksyen 29A, AKAS, 1974) termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Labuan. Selain itu, Agensi-agensi maritim lain seperti Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah, Jabatan Laut Sarawak, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Perikanan juga telah diperwakilkan kuasa untuk melaksanakan peruntukan perundangan pencemaran marin iaitu Seksyen 27 dan Seksyen 49, AKAS, 1974.

Sekian, terima kasih

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009