Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

KLIA dan Terminal LCC

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan penumpang yang dikendalikan masing-masing oleh KLIA dan Terminal LCC bagi tahun 2005 dan 2006 serta usaha pemantauan perkhidmatannya. Apakah projek pembangunan bagi Terminal LCC dan KLIA dalam RMK-9 untuk meningkatkan perkhidmatan kepada penumpang.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Pada tahun 2005, KLIA telah mengendalikan seramai 23.2 juta penumpang. Pada tahun berikutnya iaitu 2006, jumlah keseluruhan penumpang yang dikendalikan di KLIA sendiri ialah seramai 24.0 juta penumpang, yang mana 19.4 juta penumpang dikendalikan di KLIA dan selebihnya iaitu 4.6 juta penumpang dikendalikan di Terminal Low Cost Carrier (LCC).

Perkhidmatan-perkhidmatan penumpang di KLJA dan Terminal LCC adalah disediakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB melaksanakan sistem pemantauan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tersebut berasaskan kepada piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Airports Council International (ACI) melalui satu program yang dinamakan Airport Service Quality (ASQ Programme). Antara piawaian yang ditetapkan di bawah program ini ialah melibatkan kemudahan kaunter daftar masuk, tandas, kemudahan tempat makan, troli dan papan tanda. MAHB juga mengendalikan kaji selidik berterusan terhadap tahap perkhidmatan penumpang yang disediakan dan hasil kaji selidik itu dikaji secara terperinci oleh Jawatankuasa ASQ secara berkala iaitu setiap 3 bulan sekali.

Di samping itu, terdapat satu lagi Jawatankuasa Kemudahan atau Facilitation Committee yang keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil syarikat/agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan di lapangan terbang serta juga wakil daripada Kementerian Pengangkutan untuk memantau mutu perkhidmatan dan keadaan kemudahan-kemudahan yang disediakan di lapangan terbang.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), terdapat banyak projek-projek pembangunan bagi KLIA dan Terminal LCC akan dilaksanakan. Satu projek utama yang akan meningkatkan perkhidmatan kepada penumpang secara langsung ialah Projek Peningkatan Kendalian Bagasi di KLIA (Baggage Handling System) yang memudahkan dan mempercepatkan pengendalian bagasi penumpang.

Bagi Terminal LCC, terdapat banyak projek yang bertujuan untuk meningkatkan operasi penerbangan dari segi sistem pandu arah dan operasi landasan.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009