Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Felo Akademi Sains Malaysia

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

(Extracted from hansard dated 28-03-2007)

10.35 pg

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kriteria pemilihan felo di Akademi Sains Malaysia, apakah peranan dan bagaimana menonjolkan penglibatan mereka untuk menggalak dan merangsang pembangunan sains, nyatakan penyelidikan dan hasil ciptaan sains yang paling berjaya dan sumbangannya.

 

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi [Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat semua. Pelantikan Felo Akademi Sains Malaysia adalah satu pengiktirafan unggul terhadap sumbangan cemerlang individu dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Kriteria pemilihan Felo di Akademi Sains Malaysia mengambil kira pelbagai aspek termasuklah pencapaian cemerlang individu ataupun kepimpinan dalam sains kejuruteraan dan teknologi, pengurusan berinovatif atau pembangunan industri teknologi, atau operasi teknologi dalam industri bukan teknologi atau organisasi atau institusi kerajaan atau bukan kerajaan atau yang berurusan dengan isu-isu yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Yang ketiga, sumbangan cemerlang dalam aspek hubung kait antara sains, kejuruteraan, teknologi dan juga masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, Akademi Sains Malaysia adalah merupakan sebuah ‘think tank’ dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, peranan Felo Akademi Sains Malaysia yang paling utama adalah sumbangan buah fikiran dan idea mengenai kepakaran dan pengalaman mereka yang datang daripada pelbagai disiplin sains dan teknologi seperti Sains Perubatan, Sains Biologi, Sains Kimia, Sains Fizik dan Matematik Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan juga Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi.

Para Felo Akademi Sains Malaysia telah memberi sumbangan yang significant di dalam penggubalan Polisi Sains dan Teknologi Negara melalui kajian semula Dasar Sains dan  Teknologi Negara. Yang kedua dan menyediakan laporan-laporan kajian kepada negara dalam pelbagai bidang. Sumbangan para Felo juga disalurkan melalui penglibatan secara langsung di dalam projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan seperti ‘Brain Gain Malaysia’ dan penyelidikan Antartika kebangsaan. Para Felo Akademi Sains Malaysia juga memberi sumbangan dan input strategik melalui penyertaan di pelbagai mesyuarat dan aktiviti antarabangsa.

Di antara organisasi Sains dan Teknologi Antarabangsa yang di anggotai oleh felo adalah Federation of Asian Scientific Academies and Societies (FASAS), Inter Academic Council (IAC), The Academy of Science for Developing World (TWAS) dan lain-lain lagi. Selain itu para felo Akademi Sains Malaysia juga turut terlibat di dalam pelbagai aktiviti kesedaran sains terutamanya memainkan peranan sebagai role model kepada generasi muda. Terima kasih.

 

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang di beri oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kini Tuan Yang di- Pertua, melebihi 100 orang telah di lantik menjadi felo di dalam Akademik Sains Malaysia dalam pelbagai bidang. Dan kadang-kadang mereka memainkan peranan menggalakkan penyelidikan dan daya reka ciptaan di kalangan ahli sains atau jurutera atau pun ahli teknologi yang muda. Kadang-kadang mereka juga menjadi fasilitator di dalam menganjurkan forum penukaran pendapat di kalangan Ahli-ahli sains atau jurutera atau pun ahli teknologi di dalam atau pun di luar negara. Maka saya rasa mereka ini bukan sekadar menjadi fasilitator atau pun menggalakkan ahli-ahli yang baru. Mereka ini mempunyai kepakaran dan pengalaman tertentu. Maka saya hendak tanya pihak Kementerian, apakah kementerian mempunyai sistem atau pun memberi dasar untuk menggalakkan supaya felo-felo ini dapat memperdalamkan atau pun mempertingkatkan memperkasakan lagi kepakaran mereka dalam bidang-bidang tertentu. Apakah dana kecemerlangan saintifik, SAGA - Scientific Advancement Grant Allocation di peruntukkan kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan yang selanjutnya. Supaya mereka tidak dipertikaikan lagi. Minta penjelasan. Terima kasih.

 

Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita memang ada memberi sumbangan kepada badan-badan NGO yang berbentuk Institusi daripada bidang sains. Seperti Institut Fizik Malaysia, Institut Kimia Malaysia dan sebagainya. Dan kebanyakan ‘pristine’ daripada institut-institut dalam bidang ini adalah merupakan ahli felo daripada Akademi Sains Malaysia sendiri. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini kita ada seramai 137 orang felo dan Ahli Majlis seramai 16 orang.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009