Loh Seng Kok

Parlimen Malaysia

Barisan Nasional MCA

Loh Seng Kok 卢诚国
Member of Parliament for Kelana Jaya
雪州格拉那再也区国会议员
(2004 - Feb 2008)

Today is 

Tindakan Tatatertib bagi Kakitangan Awam

Home
Back
My Profile 简介
My Opinion 观点
In the News 新闻
Gallery 活动照片
Voter Search
Links 网站连接
Contact Us 联络
Advanced Search

Pages on this website have been viewed
Hit Counter
times

YB. TUAN LOH SENG KOK (KELANA JAYA) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan tindakan yang telah diambil terhadap kakitangan awam mengikut agensi atau jabatan, dari segi tindakan perundangan yang melibatkan kes kecurian, displin, rasuah dan salahguna kuasa.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat kepada Laporan tatatertib Pegawai Awam Tahun 2005 yang telah dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai keutuhan pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) mengenai tindakan tatatertib bagi pegawai dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa tempatan, sebanyak 1,594 orang pegawai awam telah dikenakan tindakan tatakelakuan dan disiplin termasuklah mereka yang disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah seperti mencuri, rasuah dan salah guna kuasa.

Sebanyak 1,998 bilangan hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas pegawai awam yang melakukan pelbagai kesalahan. Jumlah bilangan hukuman lebih banyak berbanding dengan jumlah bilangan pegawai kerana seorang pegawai yang melakukan kesalahan boleh disabitkan dengan lebih dari satu jenis pelanggaran tatakelakuan dan lebih dari satu jenis hukuman tatatertib boleh dikenakan.

 

Home Back My Profile 简介 My Opinion 观点 In the News 新闻 Gallery 活动照片 Voter Search Links 网站连接 Contact Us 联络 Advanced Search
Send mail to mpcentre@kelanajaya.com.my with questions or comments about this web site.
Copyright 2004 - 2009 Loh Seng Kok 卢诚国
Last modified:  Monday, August 10, 2009